Thursday, December 30, 2010

DAKWAH BUAT DIRI

Alahai diri..

Begitulah keluhan diri,

mulutnya rajin menasihati,

tapi diri sendiri tak mengerti.


Azamnya nak mengubah peribadi orang,

Rupanya, dia sendiri belum mampu mengikuti nasihat sendiri,

Hari-hari membaca buku agama,

Tapi sedikit sekali berbekas dalam jiwa,


Ah… Susahnya berdakwah kepada diri..!

Banyak sudah ku nasihati,

Tapi…..

belum mampu mengubah diri lagi..!

Tapi mahu lagi menasihati !

Ah..! Memang aku tak sedar diri!


Memang susah berdakwah kepada diri sendiri…

Inikan pula mahu mengubah orang lain.

Sedangkan diri tak menerima nasihat sendiri,

Tapi mahu juga orang lain menerima nasihatnya..!


Susahnya……Susahnya……Susahnya…

Apalah daya diri ini…


Astaghfirullah… Ampunkan kami Ya Tuhan…

Sedihnya diri mengenangkan pesan Tuhan dalam Quran,

Betapa besar kebencian Tuhan kepada orang yang berkata,

Tapi dia tak lakukan…!!


(Wahai orang-orang yang beriman! mangapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan)~surah As-Saff :2 dan 3


Alahai diri… Ikutilah nasihat sendiri,

Sebelum mahu orang lain mengikuti.

Itulah kunci,

Untuk orang lain mengikuti,

Selepas engkau menerima nasihat sendiri,


Ya Allah, ubatilah kesedihan kami ini dengan kekuatan dariMu.

Agar kami ikuti, apa yang kami ucapkan..

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010

Bismillahi walhamdulillah..


Syukur Alhamdulillah atas rahmat dan kasih sygNya, ana masih lg diberi peluang utk menulis di ruangan ini..entahlah..rindu pada laman sesawang ini semakin dalam..mcm ‘addicted’ pulak kan!! Sehari tidak menjenguk laman ni & blog shbt2 lain terasa ada something yg kurang..anyway, entry kali ni ana sekadar nak berkongsi pengalaman mengenai MAHA 2010. Shbt2 pernah dengar MAHA?


MAHA= Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition

Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010

Tema: Agricultural Innovation for Growth


Baru-baru ni ana berpeluang menyertai MAHA walAupun hanya sempat berada di sana pada 26 nov shja..apa yg menarik mengenai MAHA ni adalah pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.


Melihatkan ini semua, ana berasa kagum sebenarnya..kagum melihatkan usaha dan kegigihan pihak2 tertentu yg berusaha memajukan sector ini walaupun semakin ramai generasi muda memandang pertanian adalh sesuatu yang ‘low standard’, kolot dan sebagainya…sedangkan Negara kita sendiri sebenarnya sedang mengalami krisis makanan yang semakin membimbangkan. Malaysia seharusnya bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya krisis bekalan makanan global yang dijangka pada thn 2030..apa persiapan kita?


So, apa tunggu lagi..jom kita bertani!! Bertani itu kan juga suatu ibadah…doa ana semoga semakin ramai generasi-generasi di luar sana yg bersama-sama menceburi bidang ini..majukan pertanian, majukan ekonomi, majukan generasi Islam..wallahua’lam..


booth UMS di MAHA


bambooponic- alternatif kpd sistem hidroponik


en. mooo pun jgn dilupakan =)


Saturday, November 20, 2010

RINTIHAN HATI..


Ku memohon dalam sujudku padaMu

Ampunkanlah segala dosa dalam diri

Ku percaya Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku...

Keimananku...



Engkau satu cinta

Yang selamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan

Demi cintaku kepada-Mu


Walau seribu rintangan

Kan menghadang dalam diri

Ku teguhkan hati ini

Hanya padaMu

Ku pasrahkan...


Oh Tuhan... selamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan... jauhkanlah hamba ini

Dari hidup yang sia-sia...



lagu: Satu Cinta

Artis: Star five

Tuesday, November 16, 2010

SUATU PENGORBANAN


Bismillahi Walhamdulillah..


Alhamdulillah..Alhamdulillah ya Allah..Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Qurban datang lagi..seperti thun2 lepas jgk, raya disambut dengan kesyukuran..cuma bezanya raya qurban kali ni x berkesempatan balik kg..huhu..sedihnya..rindu ngan family..pagi td Alhamdulillah selesai solat sunat AidilAdha di masjid UMS ngan kawan2, nasib baik ramai kawan yg x balik, kurang sikitla sedih ni. Lps selesai solat, ana dan teman2 gi rumah felo Kolej AB beraya..Alhamdulillah sedapnya masakan Pn Izreen..syukran Pn..=)


Walau apa pun caranya kita menyambut hari raya ni, Aidiladha bukan semata-mata perayaan tapi ianya lebih kpd suatu peringan tahunan yg Allah kurniakan kepada kita supaya kita sentiasa ingat..ingat mengenai kisah keluarga nabi Allah Ibrahim a.s, pengorbanan besar yg dilakukan oleh Siti Hajar dan kerelaan nabi Allah Ismail a.s menurut perintah Allah walaupun diri sendiri terkorban..PENGORBANAN..inilah ibrah yg perlu kita hayati..mengorbankan apa yg kita sayangi semata-mata untuk mentaati perintah Allah SWT..

Sepanjang hidup kita, apa yg telah kita korbankan untuk Allah?? Apa yg telah kita telah korbankan untuk Islam??


Terkadang kepentingan diri mengatasi ketaatan kpdNya..


Terkadang kita mampu luangkan masa stay up study sampai tengah2 malam, maklumlah minggu exam tp kita tak mampu untuk korbankan masa tidur kita untuk berjaga malam memuji Allah dan merintih kpdNya..


Terkadang kita sanggup menafikan bahawa ‘tiada couple sebelum nikah’ semata-mata kerana sayangnya kita kpd si ‘dia’ tetapi kita tidak sanggup untuk mengorbankan perasaan cinta terlarang demi mentaati perintah Allah sedangkan kebenaran nyata di depan mata..


Terkadang kita sanggup meluangkan masa shopping di 1 Bormeo etc tetapi kita tidak sanggup untuk meluangkan masa beberapa minit menghadiri usrah or majlis2 ilmu etc..


Mementingkan duniawi berbanding ukhrawi..sedangkan kita tahu bahawa dunia ini hanya sementara dan tempat persinggahan bagi kita semua..


“..sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal” Surah Al- mu’min:39


AstaghfirullahalAdzim…AstaghfirullahalAdzim..

Sempena hari raya AidilAdha kali ni mari kita sama2 berazam untuk MENGORBANKAN segala bentuk kemaksiatan dan masalah2 dalam hati, mengorbankan sifat2 mazmumah dlm diri, & berkorban apa sahaja demi Allah dan Islam…


“Apakah kamu wahai hamba-hambaKu, sudah bersedia untuk mengorbankan hawa nafsumu?”


Tepuk dada..tanya iman..wallahua’lam..=)

Friday, November 12, 2010

NOTA KASIH BUAT JULIET


Bismillahi walhamdulillah…


Ada shbat ana bertanya, “Apa jadi pada Juliet lepas tu?” ana tersenyum..

Juliet ok tak??

Kesian Juliet…

Juliet jatuh cinta ya???

Emmm…Juliet pun ada hati pada Romeo..

Tapi ana tahu, Juliet kuat..

Kasih dan cinta Juliet kepada Allah, kpd Rasul, kpd sahabat mengatasi cintanya pada Romeo..


Nah..ni nota kasih khas buat Juliet..semoga bermanfaat buat Juliet dan akhawat di luar sana..siiru ala barakatillah..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhwat Jatuh Cinta??


Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...


Bukankah cinta adalah fitrah manusia???


Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???


Mereka juga punya hati dan rasa...


Tapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya??? Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada 'kupu-kupu' suka di dada...

Namun sebaliknya...


Ketika Akhwat Jatuh Cinta...


Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...


Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...


Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…


Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu… Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai… Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah… Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…


Ketika Akhwat Jatuh Cinta…


Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…


Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…


Yang ada adalah kekhuwatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…


Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…


Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya… Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...


Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta… Kerana yang ada adalah penderitaan…


Tapi ukhti… Bersabarlah… Jadikan ini ujian dari Rabbmu…


Matikan rasa itu secepatnya… Pasang tembok pembatas antara kau dan dia… Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai… Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...


Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…


Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…


Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…


Kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…


Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…


Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya... Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…


Semua Akan Indah Pada Waktunya…


Doa buat renungan dan amalan :

"Ya Allah…kurniakanlah kami pasangan yang soleh… yang menjaga dirinya… yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya… yang sentiasa memperbaiki dirinya… yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah… yang baik akhlaknya… yang menerima kami apa adanya… yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…

Kabulkan ya Allah… Kerana hati kami teramat lemah…" 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...