Monday, July 19, 2010

SELAMAT TINGGAL FB....


Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat kurnia-Nya yg tidak terhitung banyaknya serta nikmat ketenangan hati yang Kau kurniakan di kala dugaan datang bertimpa-timpa..Alhamdulillah pada ketika ini, aku baru shja men'delete' facebook milikku-Adrianti Yanti. Kepada sahabat2, maaf dipinta..tiada niat di hati ini untuk melupakan kalian apatah lagi melarikan diri dari kalian..
Semua ni disebabkan pencerobohan fb-Adrianti Yanti sejak akhir2 ni..dan ini semua ekoran kecurian laptop kesayangan milikku yang dicuri tyme minggu study week sebelum exam sem 2 sem lepas..dlm laptop yg hilang tu, aku kebiasaannya 'keep me log in' mungkin sebab tu si pencuri laptop/si pembeli laptop yg dicuri dpt log in & buat sesuka hati dlm fb tu..kpd shbt2 yg terkena chat @#*%$ drpd fb Adrianti Yanti sblm ni, maaf dipinta..demi Allah diri ini TIDAK PERNAH MENULIS @ MENGHANTAR MSJ2 SEPERTI ITU!!.. perkara ni amat aku kesali..

Mungkin ini ujian & pengajaran buat diri ini yg sering lalai agar lbh berhati2 di masa akan dtg...ku pinta pada-Mu ya Allah..berikanlah si pencuri/pembeli laptop ku itu hidayah-Mu..jgn Kau biarkan dia terus hanyut dalam dunianya yg terpesong itu..tunjukkan dia jalan menuju taubat-Mu Ya Allah...Amin..


Saturday, July 10, 2010

HARAPAN SETINGGI GUNUNG


“kak, sy bangga sgt..akhirnya sy dpt jgk masuk u..sy bukan org senang..
Luahan seorg adik siswi sambil menahan sebak di dada sewaktu aku mengendalikan sesi LDK minggu suai mesra siswa/i baharu..Suatu luahan hati yg agak biasa didengar..tapi tidak bgi aku..kesannya amat mendalam dlm qalbu sebenarnya..Betapa kagumnya hati ini melihat kesungguhan ibu bapa yg menghantar anak kesyngan mereka mendaftar jauh di negeri bwh bayu ni meskipun terpaksa merentas Laut China Selatan. Pengorbanan yg tersirat seribu satu harapan..


anakku nanti bakal mengubah hidup kami....

anakku nanti bakal jd insan berguna....

anakku nanti bakal jutawan beriman....

anakku nanti…..


Ingatlah wahai adik-adikku, shbt2 dan juga diri yg bertinta ini..begitu besar harapan ayah dan bonda kita sejak kaki kita melangkah ke alam kampus..jgn hampakan mereka..biarlah penat lelah mereka selama ini terbayar dgn senyuman dan kelegaan melihat anak yg ditatang-tatang menjd manusia yg berguna di masa hadapan..timbalah sebanyak-banyaknya ilmu di gedung ini..ambillah seberapa banyak peluang sepanjang berada di dunia kampus..jgn sia-siakan kerana ia berguna kelak..di sinilah medan untuk kita menganjakkan paradigma diri mengadaptasi ilmu di dada buat bekalan dunia dan akhirat kelak..


‘Jika kamu hendakkan kehidupan dunia, hendaklah dgn ILMU, jika kamu hendakkan kehidupan akhirat, hendaklah dgn ILMU, jika kamu hendakkan kedua-duanya, hendaklah dgn ILMU’


RINDU SANG PENGEMBARA

Di kala purnama menghias indah
Langit kelam disimbah cahaya
Tersedu aku dalam gelisah
Bertandang rindu pada insan dicinta
Nun jauh di mata

Kembara ilmu tak berpenghujung
Menuntut pengorbanan tinggi menggunung

Dalam kerinduan yang datang berkunjung
Cekalku mengharungi agar tak terus terpasung

Demi kembara yang perlu terus berlangsung


Namun fitrah kehidupan tak dapat dinafikan

Sesekali tersadung di tengah perjalanan
Dilambung ombak di tengah pelayaran
Doa dan harapan terus dipanjatkan

Agar bisa menjadi benteng pertahanan
Nadi kekuatan buat diri yang bergelar insan
Agar tak hanyut di tengah lautan


Rindu itu bukan lagi penghalang
Meski hati
menangis dalam diam
Teruslah berusaha mencapai azam

Seorang pengembara bersemangat juang

Usah berhati walang
Kerana aku akan pulang
Melunas amanah dan tuntutan

Juga rindu yang berpanjangan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...