Saturday, August 7, 2010

Biarkan 'Cinta' Itu Mekar..

Setinggi-tinggi kesyukuran kpd Al-Khaliq atas nikmat yg x terhitung banyaknya..juga tidak dilupai selawat dan salam buat kekasih sepanjg zaman,.Rasulullah SAW serta para shabat baginda..ketika entry ini ditulis..lenguh seluruh badan semakin menjadi-jadi..tangan melecet huhuu..inilah yg terpaksa aku lalui sepanjang bergelar pelajar hortikultur & landskap (sns pertanian)..sem ni share farm sgt menuntut pengorbanan fizikal walaupun terkadang tubuh kerdil ini tak tertanggung rasanya. Lebih2 lgi bila mengenangkan ini bukan course pilihan hati sebenarnya..xpa InsyaAllah aku akan tabah.

.”boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’ (Surah Al-Baqarah;216)

Alangkah ruginya aku! Terkadang aku merungut, memberontak, mengeluh akan pertanian..”mengapa berat sgt course ni?” “boringnya p ladang!!’. Rupanya aku terlupa satu perkara- .ISLAM MEMULIAKAN PERTANIAN. Imam Al-Mawardi pernah berkatapokok mata pencarian manusia adalah bercucuk tanam dan perniagaan”

Ku cuba menyingkap sejarah rupanya aku terlupa akan cinta Al-Banati dan Al-Baitar akan ilmu botani. Al-Banati tokoh ilmuwan Islam silam menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau al-Baitar telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami’fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Di kota besar seperti Cordava, Baghdad, Kaherah dan Fez terdapat beberapa taman bunga yang cantik dan indah, menurut Sarton pencapaian umat Islam dalam bidang botani ketika itu jauh lebih tinggi berbanding bangsa Yunani. Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika dengan nama Latin dan Berber. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya

Masya Allah..terima kasih Allah..disebalik kepayahanku ini, rupanya Kau berikan daku hikmah yg hanya perlu aku gilap agar berkilau sepertimana zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu..lihatlah dunia..akan lahirnya srikandi yg menjulang nama Islam dalam bidang pertanian, paling tidak pun lahirnya petani moden yang memartabatkan Islam di atas muka bumi ini suatu ketika nanti..insyaAllah..cintaku padamu sang tumbuhan akan terus kubajai dengan iman dan taqwa..akan ku biar 'cinta' itu mekar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...