Thursday, December 30, 2010

DAKWAH BUAT DIRI

Alahai diri..

Begitulah keluhan diri,

mulutnya rajin menasihati,

tapi diri sendiri tak mengerti.


Azamnya nak mengubah peribadi orang,

Rupanya, dia sendiri belum mampu mengikuti nasihat sendiri,

Hari-hari membaca buku agama,

Tapi sedikit sekali berbekas dalam jiwa,


Ah… Susahnya berdakwah kepada diri..!

Banyak sudah ku nasihati,

Tapi…..

belum mampu mengubah diri lagi..!

Tapi mahu lagi menasihati !

Ah..! Memang aku tak sedar diri!


Memang susah berdakwah kepada diri sendiri…

Inikan pula mahu mengubah orang lain.

Sedangkan diri tak menerima nasihat sendiri,

Tapi mahu juga orang lain menerima nasihatnya..!


Susahnya……Susahnya……Susahnya…

Apalah daya diri ini…


Astaghfirullah… Ampunkan kami Ya Tuhan…

Sedihnya diri mengenangkan pesan Tuhan dalam Quran,

Betapa besar kebencian Tuhan kepada orang yang berkata,

Tapi dia tak lakukan…!!


(Wahai orang-orang yang beriman! mangapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan)~surah As-Saff :2 dan 3


Alahai diri… Ikutilah nasihat sendiri,

Sebelum mahu orang lain mengikuti.

Itulah kunci,

Untuk orang lain mengikuti,

Selepas engkau menerima nasihat sendiri,


Ya Allah, ubatilah kesedihan kami ini dengan kekuatan dariMu.

Agar kami ikuti, apa yang kami ucapkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...