Wednesday, November 2, 2011

Dia Sahabat ana...

Bismillahi Walhamdulillah…

Dalam kejauhan ana melihat kelibat itu…ya! Ana kenal dia…susuk tubuh itu, gelak tawa itu, gerak geri itu, pandangan itu…Ya!! Ana kenal dia…dia sahabat ana. Sahabat yang ana sayangi semata-mata kerana Allah. Sahabat yang sangat ana hargai. Darinya ana belajar erti kesabaran, erti kemaafan yang tulus, erti sebuah persahabatan yang sering diuji…saat ini ana ingin bercerita tentang dia..agar terpahat kukuh di ingatan ini..


Ya..dia sahabat ana. Persahabatan yang terjalin 3 tahun lalu sehingga sekarang dan insyaAllah hingga ke Jannah. Pada dirinya tersimpan seribu satu rahsia yang terkadang ana sendiri kurang mengerti..yang pastinya dalam diri sahabat ana itu, ana melihat ada kolam derita…apa yang bersarang dalam hatimu itu duhai sahabatku??? Dalam gelak tawamu, ada tersingkap kepiluan yang sangat dalam..ana mengerti itu..dalam gerak gerimu yang cergas itu, ana tahu ada sekeping hati yang patah dan sering terguris. Namun, kau balut kelukaan itu dengan kemaafan dan kerendahan hati seperti yang sering kau hulurkan. Ana tahu itu sahabatku….terkadang dikau ingin menahan kolam jernih itu pecah berderai, namun dirimu sebenarnya tidak berdaya. Ana tahu itu…Menangislah…menangislah…menangisla sahabat…ingin sekali diri ni hadir setiap kali kolam itu tumpah..ingin sekali diri ini mendengar setiap rintihanmu sahabat…



Begitu hebat ujian yang Allah berikan padamu sahabat….bersabarlah .Yakinlah dirimu mampu menghadapi segalanya. Kuatkan hatimu itu sahabat…kuatkan tekadmu …tinggalkan kisah2 lampau yang memilukan hatimu itu…teruslah berjalan tanpa henti. Selagi hayat ini masih ada, selagi kita bersama, ingin sekali ana memimpin tanganmu, bersama-sama menyelusuri jalan ini. bersama mengharungi onak duri hidup..saling nasihat-menasihati kerana ana juga insan lemah, lebih lemah dari dirimu sahabat…


Ya Allah..bersamanya telah ana lalui suka dan duka.

Ya Allah, senyuman sahabat ana itu mampu membuat ana bahagia.

Engkau bahagiakanlah sahabat ini.

Ya Allah, di saat tangisan pernah menjadi teman dan penawar hidup ini,

Kau jadikanlah tangisan sahabat ana ini penawar buat dirinya.

Ya Allah, ana titipkan salam kemaafan,

setinggi penghargaan dan sayang ana pada saat ini

untuk dia sahabat ana yang sentiasa diingati

agar dia tahu siapa dia di hati ini.

mungkin diri ini bukan sahabat terbaik buat dirinya

maka ampunkan dosa dan kekhilafan diri ini

pertemukan dia dengan seseorang yang mampu membimbingnya

mampu bersama-sama mengubati kedukaan itu

Ya Rabbi, Engkau bahagiakanlah sahabat ana ini

tanpa ada sedikit kelukaan dihatinya dan

permudahkan urusan kami dunia dan akhirat..

pertemukan kami di Jannahmu Ya Allah…

Amin, ya rabbal alamin…



Friday, October 28, 2011

BINGKISAN BUAT HATI


Bismillahi Walhamdulillah….

Alhamdulillah hari ni genap 2 bulan lebih ana berda di Kampus UMS Cawangan Sandakan…sehingga sekarang tidak banyak yang berubah…sepi, tenang, lengang, dan ladang-semestinya rutin pelajar pertanian, namun roh tarbiyah, roh dakwah juga masih belum bertapak kukuh di bumi kampus ini…..emmm… insyaAllah sebelum ana keluar dari kampus ini, ana ingin melihat adik2 usrah, mad’u2 ana mempunyai semangat dakwah yang tinggi, bakal meneruskan perjuangan ini, membasahkan bumi kampus Sandakan ini dengan tarbiyah islami, bakal mencorak minda intelek mahasiswa yang cakna dengan erti ‘perjuangan’ sebenar- itu azam ana!!


Mengenang satu persatu wajah adik2 usrah ana- hadimah, hidayah, zaimah, fazila, zeti, anissah, ramdah, shida, kak rin, ecah, ema, aisyah, azila, fasihah, adibah dan samiha. Melihatkan potensi sebagai daie yang sangat besar pada diri kalian, menimbulkan bibit-bibit mahabbah dalam hati ini. Ana serahkan hati dan sayang ana pada kalian utk sama2 meneguk tarbiyah ini.


Sungguh!! memulakan jalan ini di tanah yang baru, udara yang baru bukan jalan yang mudah..jalannya penuh lecak, lumpur, dan penuh duri…kadang2 ana tersadung, lalu bangkit semula, cuba berdiri, belum pun stabil, tersadung lagi….namun huluran tangan sahabat2 seperjuangan menguatkan langkah ini..mengajar ana mengenal manisnya perjuangan di jalan berliku ini.


Ya…!! Itulah jalan dakwah..hakikatnya menjanjikan seribu satu kesedihan, kelelahan, pahit, manis semuanya ditelan..kerana itulah sunnatullah dalam dakwah. Ada kalanya kita di atas tapi selalunya kita di bawah..ada waktunya kita mudah tapi selalunya akan susah…bila ditanya “mengapa begitu pahit perjuangan??” sebab jawapannya “kerana manisnya nikmat syurga..!” Allahurabbi…………


“Wahai orang-orang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,

Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ketempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung.” (As Saff: 9-11)


Hati seringkali merintih..seringkali bosan dengan jalan ini…virus2 malas menular dalam diri akan perjuangan yang sebenarnya hanya sedikit cuma jika dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat, perjuangan mujahid-mujahidah suatu ketika dahulu…berpenat lelah bukan sahaja mengorbankan harta, jiwa dan tenaga malah nyawa sekali pun..semata-mata untuk melihat Islam tertapak teguh di muka bumi ini..menyambung perjuangan Rasulullah SAW..


Jalan ini la yang menyaksikan Hasan Al-Banna ditembak sehingga darah membasahi bumi dan akhirnya syahid di medan ini kerana menyeru manusia mengenal perjuangan sebenar..mengajak manusia kembali kepada yang HAQ..


Jalan ini juga menyaksikan pilunya hati Ammar bin Yasir tatkala melihat ibunya Sumayyah dan ayahnya diseksa dihadapan mata sendiri semata-mata mempertahankan keislman mereka kepada yang Maha Satu.


Jalan ini juga menyaksikan hancur leburnya daging2 Khabbab Al’Arat dibakar dan diseksa sesuka hati semata-mata kerana keislaman dan keinginan beliau untuk bersama-sama Rasululllah berdakwah menyeru manusia ke jalan yg panjang ini.


Dan…..jalan ini jugalah menyaksikan Rasulullah SAW yang amat kita kasihi diseksa, dicaci sehingga luka, berdarah…semata-mata memastikan Islam sampai kepada umat hari ini……


Ya Allah

Aku terasa malu untuk mengungkapkan cintaku pada kekasihMu Namun aku tidak malu untuk berdoa kepada Mu supaya menjadikan aku orang yang benar-benar cinta kepadanya.

Ya Allah

Aku ingin benar-benar cinta pada dia yang telah mengorbankan semuanya untuk kami menjadi hamba Mu, Dia yang darahnya mengalir membasahi bumi Mu demi kebahagiaan kami disisiMu juga dia yang menyebut-nyebutkan kami disaat sakitnya sakaratul maut. Dia yang memanggil kami Ummati! Ummati! Ummati!.

Kurnikanlah kami hati yang lembut hingga kami mampu mendengar panggilan kasihnya itu ya Allah. Dan janganlah Kau matikan kami ya Allah tanpa cinta kami kepada Mu dan kepadanya.

Amin ya Robbil Alamin.


Kepada sahabat2 seperjuangan…


Semoga kita semua terus thabat dalam jalan ini…
Jadikan bumi ini sentiasa basah disirami hujan tarbiyah..
Jadikan ia terus subur dgn embun2 mahabbah..
Biarkan hati kita kuat bagai guruh..
Biarkan semangat yang mengalir itu bagai halilintar..
Jangan lemah!!
Jangan berhenti!!
Jangan futur!!!
Jangan beku!!!
Kerana kitalah penyambung
mata-mata rantai perjuangan ini………..=)

Sunday, September 18, 2011

JALAN MASIH PANJANG


Bismillah walhamdulillah….

Detik berganti detik, minit berselang minit, jam pula saling bergantian. Minggu silih berganti…sedar atau tidak, akhirnya sampai juga ana dalam semester ketujuh pengajian di UMS ni..alhamdulillah..wah..cepatnya masa berlalu..kini, ana bergelar mahasiswa tahun akhir. Untuk sampai ke tahap ini, terlalu banyak harga yang perlu dibayar terutamanya nilai suatu pengorbanan, nilai sebuah usaha, nilai suatu perjuangan mahupun nilai titisan air mata…yang pastinya, garis penamat hampir dituju, momentum usaha perlu diasah..semoga hati dan kudrat ini kuat menempuh segalanya...Jalan sebenarnya masih panjang atau mungkin belum bermula???


Kepada sahabat2 yang menerusnya pengajian semester ini, ana ucapkan selamat maju jaya dan kepada adik2 junior yang baru menjejakkan kaki di menara gading, selamat berjuang adik2..terutama kepada adik kesayangan ana yang Berjaya melanjutkan pengajian di bumi ums juga dengan course kimia industry. Semoga adik2 semua tabah dan berjaya menempuh mehnah dan tribulasi hidup bergelar seorang mahasiswa..



Emmmm…pantasnya masa berlalu. Masa yang telah berlalu bagaikan air yang mengalir..terus mengalir ke muara tanpa ada sesuatu pun yang mampu menyekat laluannya. Terasa bagai semalam ana mendaftar di ums ini dan kini ana sudah pun berada di tahun akhir pengajian..Allah…


Teringat ana akan satu hadith:

Daripada Aas bin Malik r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda, " Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (HR Tirmidzi)


Pantasnya masa yang berlalu sehinggakan ana terasa belum sempat untuk berbuat sesuatu, belum sempat melaksanakan apa yang sepatutnya, masih belum dapat apa yang dicari di sini. Kita semakin diburu dengan masa, hampir dicantas dek kelalaian kita…Ayuh sahabat2…kita bangkit!! Kutip semua sisa2 waktu yang masih tinggal. Carilah ilmu semahunya. Berjuanglah selagi waktu dan peluang ini masih ada…semoga Allah memberi kita semua kekuatan dan merahmati perjuangan kita selama ini…siiru ‘ala barakatillah..=)


Waktu adalah emas kata orang,

bukankah waktu adalah pedang? kata sebahagian,

pelbagai perumpaan, pelbagai taksiran,

semua ke arah satu definasi tujuan.


Di setiap detik umurmu berkurang,

tanpa di undang ajal pun datang,

merungut manusia, katanya masih kurang bersenang-senang,

belum sedia untuk pulang.


Wahai saudaraku,

siapkan pundi-pundi bekalmu,

untuk masa yang pasti menantimu,

bila kelak kematian datang menjemputmu,

tidak diawal, tidak pula ditunda waktumu.


Di hari kiamat kau akan menyesal,

kerana pergi tanpa bekal,

ke tempat yang sebenarnya kekal,

balasan yang menanti di sebalik ajal.


Tidakkah kau merasa kecewa,

saudaramu yang tersenyum ceria,

kerana bekal yang cukup tersedia,

sedang dirimu haus dahaga?


Ya Rabbi..

sedarkanlah hati kami,

mesti sejenak dalam duniawi,

agar selalu terbayangi,

dahsyat murka-Mu di akhirat nanti.


Ya Rabbi

tunjukkanlah kami

jalan lurus yang Engkau redhai

jalan penuh dengan nikmat

bukan jalan sesat yang Engkau murkai


Amin Ya Robbal 'Alamin.

Sunday, August 14, 2011

KEHEBATAN 'AR-RAYYAN'



Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu 'al-Rayyan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya" (HR. Muslim, dari Sahl Ibn Sa'd)


Begitulah istimewanya ar-rayyan..best kan?? Ar-Rayyan berasal dari perkataan Al-Ray yang bermaksud pengairan, segar, dan pemandangan yang indah.


Zain Ibnu al-Munir mengatakan: "Rasulullah mengatakan pintu al-Rayyan ada 'di dalam surga' bukan mengatakan 'bagi surga/pintu surga', agar orang-orang merasa bahawa dalam pintu tersebut terdapat kenikmatan dan kenyamanan syurgawi (kenikmatan di dalam kenikmatan). Maka hal ini akan menambah keinginan dan kerinduan kepadanya."


Sesiapa yang minum dari pintu Ar-Rayyan ni, dikatakan dahaga akan hilang untuk selamanya. Ini adalah ganjaran atas keikhlasan hambaNya dalam menjalankan ibadah. Allah akan memberikan ganjaran pahala orang-orang yang berpuasa, sebagaimana dalam sebuah hadis: "Puasa untuk-Ku, dan Akulah yang akan membalasnya."


Dari Abi Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa memberi nafkah isterinya di jalan Allah, maka akan dipanggil dari pintu surga, 'Wahai Hamba Allah! Ini adalah pintu kebaikan.' Barangsiapa termasuk ahli salat, maka akan dipanggil dari pintu al-Shalah. Barangsiapa termasuk ahli jihad, maka akan dipanggil dari pintu al-Jihad. Barangsiapa termasuk ahli puasa, maka akan dipanggil dari pintu al-Rayyan. Dan barangsiapa termasuk ahli sedekah, maka akan dipanggil dari pintu al-Shadaqah. Abu Bakar lantas berkata, 'Demi engkau dan ibuku (ummul mukminin), ya, Rasulullah! Apakah seseorang harus dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang yang dipanggil dari pintu-pintu itu seluruhnya?' Rasulullah menjawab, 'Iya. Dan aku berharap semoga engkau termasuk dari mereka." (HR. al-Bukhari).


"Ya Allah jadikanlah puasa kami sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malam kami sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam, dan jagalah kami dari tidur orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosa kami..wahai Tuhan sekalian alam!! Dan ampunilah kami wahai pengampun segala dosa….."



Monday, August 8, 2011

Cintaku pada Cynodon..=)

Bismillahi Walhamdulillah…


Apa khabar sahabat2? Apa khabar iman?? Bagaimana ramdahan kalian?? Semoga semuanya dalam keadaan baik..masyaAllah betapa rindunya ana pada laman ini..Astaghfirullah atas kelemahan diri ini tidak dapat istiqamah menulis walaupun hanya 2 entry sebulan.


Rindu untuk menulis..


Rindu untuk meluah rasa..


Rindu untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian..


Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT utk terus berada dalam bulan Ramadhan yang sentiasa dirindui. Walaupun ada sedikit kesedihan di hati ana kerana impian untuk menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga tidak tercapai. Akhirnya ana masih berada di UMS, masih bertungkus-lumus menyiapkan final year project ana. Allah maha mengetahui…walaupun jauh dari family, jauh dari sahabat2 karib ana, tapi ana masih lagi diberi peluang utk menyambut ramadhan dan meniti hari demi hari di bulan ini dengan santapan rohani insyaAllah..usrah kawasan, iftar beramai2 dengan adik2, tadarus, terawih, qiamullail bersama…Alhamdulillah ana sayang dan rindu saat2 ini..


Entry kali ini, ana just ingin berkongsi mengenai satu lagi ciptaan Allah yang maha hebat. Walaupun kecil, kadang2 org tidak peduli tapi masyaAllah manfaatnya sangat menakjubkan..subhanallah… apa dia?? Nak tahu??


Cynodon dactylon

ni la dia Cynodon dactylon..rumput kesayangan ana..


Apa tu Cynodon dactylon?? Hehe..C.dactylon ni adalah sejenis rumput. Common name nya adalah Rumput Bermuda. Rumput ni adalah bahan kajian ana dalam FYP ni. Hah..ni dia tajuk FYP ana (Screening phytochemical and antimicrobial activity of Cynodon dactylon)


Apa yang istimewanya rumput ni??


"... (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia." (Ali-'Imran:191)


Sungguh..ana takjub dengan ciptaan Allah ni..benarlah, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Setiap ciptaan waima rumput sekali pun terselit seribu satu rahmat dan hikmat yang hanya perlu kita kaji. Rumput yang biasanya dipijak, rumput yang biasanya terbiar, rumput yang biasanya menjadi pest..rupanya bermanfaat kepada manusia. Menakjubkan!!


Cynodon dactylon berasal dari keluarga Poaceae adalah tanaman herba umumnya dikenali sebagai 'Arugampul' di Tamilnadu di India yang tumbuh subur hampir di seluruh India dan sebahagian besar dunia. Secara tradisional, jus daripada tumbuhan ini biasanya digunakan sebagai minuman kesihatan masyarakat di India selatan bagi tujuan perubatan dan dipercayai tumbuhan ini juga mampu merawat pelbagai jenis penyakit secara semula jadi. Di samping itu juga, ia telah dijadikan sebahagian daripada rawatan Ayurvedik bagi merawat penyakit histeria, epilepsi dan ketidakwarasan fikiran manusia (Rajvaidya, 1935). Selain itu juga, di sesetengah kawasan, ia digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk membersihkan darah, anuria, biliousness, konjuctivitis, Gonore, gatal-gatal dan kakit perut (Chellaiah Muthu et al., 2006.). Kini, pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengkaji kesan ekstrak tumbuhan C dactylon terhadap bakteria patogen. (Wah...ana siap bagi citation lagi..hehe..)

lihat ni..ekstrak Cynodon dapat merencat bakteria..emm memang ada potential value

untuk dijadikan ubatan..


Menarik kan???..=) sungguh ana jatuh cinta pada tumbuhan ini...


Mengkaji rumput ni membuatkan ana terfikir..kadang2 kita melihat sesuatu itu seperti tidak berguna tetapi jika diamati, dikaji, diselidiki, rupanya boleh membawa sesuatu manfaat kepada kita. Sampah sarap pun jika di ‘modified’ dengan baik boleh membawa kebaikan. Contohnya baja kompos boleh dihasilkan dengan pemerapan sisa-sisa makanan, daun2 kering etc. Jangan disangka sesuatu yang kecil, terbiar, itu tidak berguna. Pasti terkandung seribu satu rahsia Allah.


"..Dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan daripadanya segala macam tumbuh-tumbuh yang baik." (Surah Lukman;10)


Maha suci Allah, Dia la sebaik-baik pencipta...


bakal saintis muda..insyaAllah..=)



Sunday, July 3, 2011

HambaMu......




HambaMu


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang

Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,


Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah ku
Hamba mu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...