Sunday, February 13, 2011

EXHAUSTED!!!!


Bismillahi Walhamdulillah…


Syukur Alhamdullillah..ana masih berkesempatan mencoretkan tinta di laman ini walaupun sejak akhir2 ini, bebanan tugas semakin bertambah..Exhausted..very exhausted…hanya itu yg mampu ana ucapkan…minggu ni kuliah non-stop dari hari isnin-ahad, next week quiz pulak,belum masuk lagi tugasan2 JAKMAS, usrah minggu ni pun ana tak buat lagi..kesian adik2 usrah ana..aduhai...=(


Check list tugasan utk beberapa minggu ini:

· Assignment2, n report2 fieldtrip

· prepare for my FYP proposal presentation..

· Bereskan semua kerja2 platform, maklumlah xlama lagi ana akan lepaskan jawatan sebagai JAKMAS Kolej Kediaman AB huhuhu..

· Kerja projek hydroponic

· Kerja projek Floriculture, my team Ficus spp..

· Dan yg paling memenatkan adalah….Share Farm 2011…oh tidak..bermula minggu ini, bermula lagi dunia share farm yg sangat menuntut pengorbanan fizikal dan mental..

Yassirni, yassirni..yassirni ya Allah..

Namun, bila melihatkan tumbuh-tumbuhan, anak-anak pokok yg semakin membesar, bunga-bungaan, pokok yg subur dan mampu menghasilkan buah..hati ana menjadi tenang..banyak hikmah dan pengajaran yg boleh kita kutip walaupun hanya dengan melihat tumbuh-tumbuhan itu..Subhanallah..


"..Dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan daripadanya segala macam tumbuh-tumbuh yang baik." (Surah Lukman;10)


"Dan kamu lihat bumi itu kering, kemudian telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan pelbagai jenis pasangan tumbuh-tumbuhan yang indah" (surah Al-Hajj: 5)




Saturday, February 5, 2011

BUATMU MUJAHIDAH..


"Eh, nak kemana Power Puffgirl?" tanya Sailormoon kepada sahabatnya..
"emm..ada urusan sikit.."jawab Power Puffgirl ringkas sambil tersenyum..dan berlalu pergi.

Sailormoon melihat dgn mata yg bercahaya.."Alhamdulillah..semakin bersemangat Power Puffgirl dlm dakwahnya.." ujar Sailormoon dlm hatinya..

Petang itu, Sailormoon termenung jauh..bermuhasabah diri..sejak akhir-akhir ini, Sailormoon sering melihat sahabat2 seperjuangannya begitu sibuk dengan uru
san dakwah mereka...Power Puffgirl, Naruto, Sizuka, Spiderman, bahkan Atashinchi pun semakin galak dalam berdakwah dan gerak kerja Islam..mujahid dan mujahidah sejati insyaAllah..

Terdetik di hati Sailormoon, "Adakah aku layak digelar mujahidah?" bercita-cita menjadi srikandi, namun, semangat dakwah semakin luntur..

"Adakah aku juga seorang mujahidah Islam??" sedangkan disuruh bergerak sedikit pun sudah mengeluh..walhal Sailormoon tahu amaran Allah..

"..berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan mahupun dgn rasa berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jalan Allah.." (Surah At-taubah; 41)

Mujahidah sejati

Mujahidah sejati
engkaulah serikandi pembela agama
peribadi solehah hiasan diri
subur dengan iman dan ketaqwaan


Mujahidah sejati
akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
hidupnya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa


Mujahidah sejati
berbekal Al-Quran dan as-Sunnah
bersulam pengorbanan
bisa menggegarkan isi dunia


Mujahidah sejati
terus subur mekar mewangi
seindah suria menerangi bumi
harapan ummah yang abadi


Mujahidah sejati
menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah


Paras rupa bukannya ukuran
nilainya sama di sisi Tuhan
cuma ibadah yang membezakan
wanita solehah di sisi Tuhan


Berhati-hatilah hasutan dunia
kerana ia membahaya
jangan dibiarkan ia bertakhta
dalam diri dengan dosa-dosa


"Ya Allah..jadikan daku seorg mujahidah sejati, jadikan daku salah seorg penggerak agamaMu, tetapkan hati dan langkah ini agar terus kukuh berdiri di atas jalan dakwah ini..jadikan daku antara golongan yang berjihad di jalanMu meskipun di barisan belakang..."hati Sailormoon berbisik lagi..


Buatmu..mujahidah Islam...

Wahai Mujahidah Islam.,
Ke mana sahaja kakimu melangkah,
hayunlah langkah gagahmu,
sebagai mujahidah unggul!


Membawa selembar watikah perjuangan,
Berbekalkan semangat waja,
Kental di jiwamu..
Lalu..

Kusisipkan doa-doa harapan
Buat pembakar jiwa mudamu..


Biar berapi semangatmu itu..
Seberani saidina Umar Al-Khattab
Biar gah namamu,
Segah saidatina Aisyah..

Biar dunia pula menjulang namamu..
Inilah mujahidah moden..
Penyambung warisan dan misi Hasan Al-B
ana


Sedarilah wahai mujahidah..
Dunia kian dihakis daripada keamanan
Menuntut diadili dari kekejaman..
Mengertilah wahai mujahidah..
Dunia menuntut pengorbanan usia remjamu..


Rawatilah ia dengan Al-Quran dan As-Sunnah..
Julanglah ia dengan kemenangan Islam..

Maralah wahai mujahidah Islam..
Menuju mardatillah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...