Monday, March 21, 2011

TAKUT!!!!

Bismillahi Walhamdulillah…


“ Umi, esok adik xmau p sekolah..adik takut ngan cikgu Siti..cikgu Siti garang…..” rengek adik manja…


“adik..cikgu Siti marah mesti ada sebab..cthnya, kalau adik xsiap kerja sekolah, pasti cikgu marah..jd adik kena jd murid yg baik, rajin..barulah cikgu sayang..lgpun, kan umi dah kata..kena takut pada siapa?” pujuk umi..


“ takut pada Allah….” Jawab adik acuh tak acuh..entah adik faham atau tidak..alahai adik..


Fenomena biasa yg kita lihat..sinonimnya, bila kita takut pada sesuatu itu, kita xakan berani utk melakukan sesuatu yg mengundang kemarahannya, apatah lagi melanggar arahannya. Begitu juga dgn Allah..sekiranya kita mengaku takut kpd Allah, pasti kita xakan berani utk melanggar arahanNya..apatah lagi menafikan hakNya…Emmmm…takut pada Allah…malam nia ana hanya nak berkongsi sedikit pengisian mengenai takut kpd Allah..org mukmin adalah orang yg takut kpd Allah dgn seluruh anggota badannya..


“wahai org2 yang beriman, takutlah kpd Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) org memperhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa2 yang kamu kerjakan” ~~surah Al-Hasyr:18

Tanda-tanda takut kpd Allah:


Lisan

Menghindari dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dgn zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu


Hati

Membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap insan lain. Lantaran dengki itu mampu menghapus kebaikan. “Hasad itu dapat memakan kebaikan umpama api membakar dedaun kering”. Tiada penawar bagi penyakit hati selain ilmu dan amal.


Pandangan

Menghindari pandangan yg haram. Tetapi, pandanglah dgn iktibar..sabda Rasulullah “barangsiapa memenuhi matanya dgn perkara yang haram, maka Allah akan memenuhinya dengan api pada hari kiamat”


Perut

Perutnya tidak diisi dgn benda2 yg haram..”manakala sesuap drpd barang haram yg masuk ke perut seseorg, maka seluruh malaikat langit dan bumi melaknatinya selama barang itu berada di dalam perutnya. Jika ia mati dlm keadaan demikian, maka nerakalah tempatnya”


Kedua tangan

Tidak menggunakan tangan untuk perkara yg haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kpd Allah. Dirawikan daripada Ka’ab Ahkbar: “sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Didalamnya terdapat 70 ribu aula. Setiap aula ada 70 ribu pondok. Tiada siapa yg boleh memasukinya melainkan org2 yg apabila ia ditawarkan benda haram, ia menolaknya kerana takut kpd Allah”


Kaki

Tidak berjalan untuk maksiat, tetapi hanya melangkah untuk ketaatan dan mencari keredhaanNya serta untuk bergaul dgn insan2 soleh


Ketaatannya

Menjadikan ketaatannya semata-mata utk mencari keredhaanNya. Takut akan riak dan munafik.


Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka ia termasuk dlm golongan2 yg dikatakan Allah


“..sesungguhnya org2 yg bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)” ~~surah Al-Hijr:45


Semoga kita tergolong dlm golongan org2 yg takut kpd Allah….siiru ‘ala barakatillah..

Sunday, March 13, 2011

MALASNYA...errgggg!!!


Bismillah Walhamdulillah…


8.30 pm : Buka laptop, try cari jurnal untuk bahan Final Year Project (FYP)

8.50 pm : aduh…bnyknya fakta…pening da…buka fb dulu..

9.17 pm : boring pulak…buat air Vico dulu la…

9.30 pm : Eh..banyak belum siap lagi ni…aduh sambung kerja balik…

9.41 pm : malasnya….malasnya….malasnya…tolong…call kakak dulu la…

10.30 pm : ngantuk pulak…xleh tido..esok da kena hantar draph..

10.47 pm : sambung buat kerja lagi…

11.30 pm : penat….rehat jap…lawat blog kawan2…

12.41 am : Allahuakbar….da jauh malam..kerja lum siap lagi.

.banyak lagi ni…logbook pun x siap lagi ni..mata dah ngantuk..


Ya Allah…malasnya malam ni…napa ni??? Ana nak buat kerja??? Kerja banyak lagi tapi malas tahap gaban dah ni…Banyaknya masa terbuang..


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Melainkan org2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dalam mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran” – Surah Al-‘Ashr.


apalagi....Jom doa…

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a:


اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ


Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat"

(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian).” (HR. Bukhari no. 6 36 7 dan Muslim no . 270 6 )



Friday, March 11, 2011

GADIS ITU...

Seorang gadis itu...

fitrahnya lembut tercipta

manis tuturnya

lentur hatinya

telus wajahnya

setelus rasa membisik di jiwa

di matanya ada cahaya

dalamnya ada air

sehangat cinta

sejernih suka

jua sedalam duka

ceritera hidupnya


seorang gadis itu...

hatinya penuh manja

penuh cinta

cinta untuk diberi

cinta untuk dirasa

namun manjanya

bukan untuk semua

tapi bukan lemah

ia bisa kuat

bisa jadi tabah

bisa ampuh menyokong

pahlawan-pahlawan dunia

begitu unik tercipta


seorang gadis itu...

teman yang setia

buat Adam dialah Hawa

tetap di sini

dari indahnya jannah

hatta ke medan dunia

hingga kembali mengecap ni'matNya


seorang gadis itu...

bisa seteguh Khadijah

yang suci hatinya

tabah & tenang sikapnya

teman ar-Rasul

pengubat duka & laranya

bijaksana ia

menyimpan khazanah ilmu

si teman bicara

dialah Aishah

penyeri taman Rasulullah


seorang gadis itu...

bisa setabah Maryam

meski dicaci meski dikeji

itu hanya cercaan manusia,

namun sucinya dipuji Pencipta


seperti Fatimah kudusnya

meniti hidup seadanya

puteri Rasulullah

kesayangan ayahanda

suaminya si panglima agama

di belakangnya dialah pelita

cahaya penerang segenap rumah

ummi tersayang cucunda Baginda


seorang gadis itu...

perlu ada yang membela

agar ia terdidik jiwanya

agar ia terpelihara

dengan kenal Rabbnya

dengan cinta Rasulnya

dengan yakin Deennya

dengan teguh Aqidahnya

dengan utuh cinta yang terutama

Allah jua RasulNya

dalam ketaatan penuh setia

memelihara maruah diri

agama, keluarga & ummahnya


seorang gadis itu...

melenturnya perlu kasih sayang

membentuknya perlu kebijaksanaan

kesabaran dan kemaafan

keyakinan & penghargaan

tanpa jemu & tanpa bosan

memimpin tangan

menunjuk jalan


seorang gadis itu...

yang hidup di alaf ini

gadis akhir zaman

era hidup perlu berdikari

dirinya terancam dek fitnah

sucinya perlu tabah

cintanya tak boleh berubah

tak bisa terpadam dek helah

dek keliru fikir jiwanya

kerna dihambur ucap kata nista

hanya kerana dunia memperdaya


kerana seorang gadis itu...

yang hidup di zaman ini

perlu teguh kakinya

mantap iman mengunci jiwanya

dari lemah & kalah

dalam pertarungan yang lama

dari rebah & salah

dalam perjalanan mengenali Tuhannya

dalam perjuangan menggapai cinta

ni'mat hakiki seorang hamba

dari Tuhan yang menciptakan

dari Tuhan yang mengurniakan

seorang gadis itu...

anugerah istimewa kepada dunia



Moga ar-Rahman melindungi

merahmati dan merestui

perjalanan seorang gadis itu...

menuju cintaNYA yang ABADI!



Tuesday, March 1, 2011

PERIT TAPI MANIS

Bismillah Walhamdulillah..

Alhamdulillah..akhirnya hari ini ana dapat melakar sesuatu di laman kesayangan ini..sebenarnya, terlalu lama rasanya ana rindu untuk menulis, terlalu banyak yg ingin diluah..ingin menjerit, tapi xsampai hati. Ingin meluah kpd manusia, tapi ana xsuka mengadu..ingin meluah di facebook, maaflah fb bukan tempatnya…tepatnya..kpd Sang Pencipta jua diluahkan segalanya…


PERIT TAPI MANIS..

Hanya itu yg mampu ana katakan selepas melalui hari2 yg perit..

Minggu lepas juga lah, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) dibubarkan secara sahnya..maknanya tugas dan amanah yg ana galas sepanjang sesi 2009/2010 bergelar Pengerusi Exco Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan, JAKMAS Kolej Kediaman Anugerah Bestari akhirnya tamat..sedih tidak juga, suka tidak juga..tapi yg pasti pengalaman yg ana kutip sepanjang bergelar JAKMAS amat ana hargai..suka, duka, manis, pahit..Alhamdulillah semuanya dpt ana lalui dgn tabah..walaupun terkadang hati merintih dan ana akui, terkadang ada kelompangan dalam gerak kerja. Benarlah..bukan mudah untuk menjadi pemimpin yg disayangi dan dihormati oleh semua org..


Kadang-kala ana risau, adakah amanah tersebut ana dah jalankan dgn baik? Adakah semua khidmat ana mendapat redha di sisi-Nya? Sesungguhnya Allah tidak memandang kpd hasil sesuatu pekerjaan itu, tetapi Allah menilai kpd usaha kita..ana dah buat yg terbaik insyaAllah..kpd rakan2 JAKMAS- Ahmad Shafiq, Fatwa, Suhaimah, Norrizzah, Ikhwan, Lyn D’ Amor, Maiza dan Stellony, terima kasih ana ucapkan..kenangan sepanjang bergerak kerja dan berprogram akan ana kenang sepanjang hayat ana. Tidak lupa juga kpd sekretariat2 Exco 3K dan Ahli Jawatankuasa Kebajikan Blok yang ana kendalikan,terima kasih dan mohon maaf sekiranya sepanjang ana bekerja bersama kalian, ada hati yg terguris dan terkasar bahasa. Teruskan bekerja dan berbakti utk kolej walau siapa pun yg akan menggantikan ana.


Teringat msj seorg ketua blok- “kak, kami dah buat keputusan, xmau lagi jadi AJK Blok kalau kak xjadi ketua kami..kami senang bekerja dgn akak..kak dah macam kakak kami, teguran kak, jd motivasi utk kami..”

ana terkejut ketika membaca msj tersebut..air mata ana mengalir..

”adik2..kita bekerja bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah..teruskan perjuangan walau siapa pun pengganti akak..akak sayang adik2..”


Sungguh..kenangan sepanjang bergelar JAKMAS benar2 menjd kenangan yg perit tapi sangat manis bagi ana..kini tiada lagi msj2 mengadu pelajar sakit malam2, tiada lagi student ketuk pintu mengadu masalah mereka, tiada lagi meeting2, tiada lagi program2 yg memeningkan kepala…namun, ana akan rindu saat itu…=)


Di akhir perjuangan juga..satu lagi pengalaman yg manis ana lalui iaitu turunnya perintah berperang dgn bertanding sebagai calon umum dalam pemilihan MPP UMS sesi 2010/2011..pahit, manisnya masyaAllah..hanya Allah yg maha tahu..melihat pengorbanan jentera, sahabat2 yg sentiasa memberi semangat dan dorongan akhirnya memberi kekuatan untuk ana bangkit memperjuangkan mahasiswa walaupun terlalu banyak halangan dan provokasi dari pihak Aspirasi. PRK UMS pada kali ini benar2 menyaksikan pertarungan sengit antara pihak oren dan merah. 16 calon umum yg bertanding dan ana merupakan calon no 15. Bersama-sama rakan seperjuangan ana- Khairuddin, Ruzaini, Voon Hai Ming, Farah Wahidah, Ikhwan dan Rahmah, akhirnya hanya khairuddin dan ruzaini yg berjaya memperoleh undi tertinggi. Bertanding atas tiket Pro-Mahasiswa menyedarkan ana, perjuangan membawa kebenaran itu terlalu payah, teringat kisah Rasulullah yang menerima begitu banyak ujian dalam memperjuangkan Islam..MasyaAllah.. ana sedar betapa manisnya perjuangan walaupun akhirnya ana tewas dalam pilihanraya tersebut. Maaf ana ucapkan…Ana yakin Allah maha mengetahui..pasti ada hikmah yg tersirat..semoga semangat memperjuangkan kebenaran dan menegakkan Islam di hati ini dan hati shbt2 ana tidak akan luntur sehingga akhir hayat kami..


suasana ketika rapat umum

jentera2 muslimat...muslimat power!!

suasana ketika rapat umum- ana calon yg duduk kedua dari kiri (xclear hehe..ana xda save gambar sebenarnya)


Sesungguhnya kenangan sepanjang beberapa minggu yg lalu banyak mengajar ana erti kehidupan dan menyedarkan ana betapa perjuangan itu terlalu manis..semanis dan senikmatnya syurga..perit tapi sangat manis..=)


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yangtidak kamu ketahui". (Al-Baqarah: 30)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...