Wednesday, April 20, 2011

ada apa dengan DEMAM..


Bismillah Walhamdulillah…


Syukur Alhamdulillah ana masih diberi peluang utk mencoret kata2 di laman ni..rindu rasanya utk menulis..namun disebabkan kerja2/assignment/kerja projek yg sgt banyk membataskan ana…pagi ni sebenarnya ana ada presentation penting..tp ana terpaksa ponteng huhuhu..ana demam sebenarnya..apa tidaknya, minggu lepas bertungkus-lumus siapkan kerja landskap. Tido pun lewat, makan pun x terurus..Alhamdulillah akhirnya kerja tu pun siap walaupun masih ada kelompangan. Balik bilik ja..terus demam..Allahuakhbar…mcm ni la ana..mudah sgt jatuh sakit. Kadang2 bila di luar, nampak aktif (kawan ana cakap hehe..) tp bila da balik bilik, mula la demam2..muntah2..lelah…alahai…xpa la ana yakin semuanya tu datangnya dari Allah dan apa yg datang dari-Nya semuanya ada hikmahnya…


Emmm..kali ni ana nak berkongsi tentang hikmah demam..hehe…banyak hikmah sebenarnya yg ana lihat disebalik demam ni..cthnya..bila saat2 mcm ni la, baru kita tahu kawan/sahabat mana yg caring ngan kita..emm..bila cakap ja “maaf, ana xdpt dtg presentation pg ni, ana demam,”..kadang2 terharu bila ada kawan2 yg membalas msj tu..”owh..xpa2..yanti rehat ya..jgn lp makan ubat..jg kesihatan. Exam da dekat ni..” Alhamdulillah terasa sayang dengan sahabat tu bertambah bila mereka ambil berat ngan kita. Benarlah walau hanya sekadar ayat pendek pun boleh mengeratkan ukhuwwah sesama insan. Cthnya..ayat ringkas..”take care”, “jgn lp makan ubat ya”, ayat2 mcm tu nampak ringkas, tapi membuahkan ketenangan dan kasih sayang kpd si pembaca. So, lepas ni ana pulak kena concern lebih kpd shbt2 ana sebagaimana mereka concern kpd ana sewaktu ana x sht huhuhu..


Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a mengatakan yang maksudnya


"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.


Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya. Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya.


"Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . (Surah Al-Anbiya: 83)


Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.


Jika kita bandingkan keadaan Nabi Ayyub dengan demam yg sedang kita hadapi, sgt jauh bezanya. Penyakit Nabi Ayyub sangat berat berbanding demam yg sedikit. Namun baginda penuh sabar dan redha menerima. Sedangkan kita, jika ditimpa demam sedikit pun, sudah mengeluh..Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya kita memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa ujian. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi S.A.W. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir r.a yang maksudnya:


"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda: "Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil? Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya". Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".(Hadith Riwayat Muslim)


Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya. Bersabarlah duhai diri jika ditimpa demam kerana sesungguhnya demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu. Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.


Adeiiii….kepala semakin berat…=(


“Ya Allah, jika penyakit ini Kau turunkan kepadaku utk menebus segala dosa-dosaku yg menggunung tinggi, aku redha Ya Allah..semoga segala kesakitan yg menimpaku ini mendapat ganjaran yg besar nilainya di sisi-Mu. Ya Allah..kurniakanlah kepadaku kesabaran seperti mana kesabaran Nabi Ayyub tatkala ditimpa ujian. hambaMu ini sangat lemah ya Allah..jangan Kau bebankan daku dengan sesuatu yg tidak terdaya aku pikulkan..sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha mengasihani..” Amin Ya Rabbal 'alamin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...