Tuesday, May 24, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU..=)


Bismillahi walhamdulillah..


Pejam celik-pejam celik..MasyaAllah cepatnya masa berlalu…semakin ramai shbt2 ana yg akan melangsungkan perkahwinan. InsyaAllah 4 jun ni, 4 org shbt ana akan melangsungkan perkahwinan (Syamsinar Anuar, Liza Abdullah, Kak Hafiza Jumahat dan kak Mardhiana Saneli) Alhamdulillah…terasa mcm baru semalam bermain2 dengan kalian, tup2 hantar surat jemputan..wah..lepas ni mereka akan jd isteri org. xleh da ajak mereka keluar sesuka hati (terutama syamsinar hehehe…) Apa pun tahniah ana ucapkan..lepas ni doakan giliran ana pulak ya hihihi..(tersenyum malu..=P..)


Sudah menjadi fitrah manusia mahukan teman hidup untuk sama-sama merasa dicintai serta disayangi. Dengan adanya perkongsian hidup ini ianya dapat menenangkan jiwa, serta dapat berkongsi saat suka dan duka. Sesuai dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah Ar-Ruum ayat 21 :


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku."


"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."


Namun, perlu difahami bahawa perkahwinan bukanlah semata-mata untuk kepuasan nafsu semata, akan tetapi ianya adalah satu ikatan tangggungjawab besar serta amanah yg perlu dipikul oleh pasangan tersebut. Malah, bukan sahaja perlu menunaikan hak2 terhadap pasangan masing2, tetapi hendaklah memelihara hak2 dalam menjaga ikatan persaudaraan sesebuah keluarga suami dan isteri. Ikatan perkahwinan bukan shja menyatukan dua hati, tetapi juga menyatukan hati2 keluarga. Disebabkan itu, ana melihat restu daripada keluarga daripada kedua2 pasang amat penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga..


“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (An-Nisaa':1)


Buat shbt2 ana yg bakal melangsungkan walimah..ni doa ana untuk kalian..


“Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan mereka, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai, Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.... Ya AllahSatukanlah hati kedua mempelai sepertimana Engkau menyatukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan mereka kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABAT2KU.....=)

Sunday, May 15, 2011

TAUTAN HATI


Bismillah walhamdulillah…

Melihatkan satu persatu sahabat bergerak pulang ke kampung..ada titik-titik syahdu di hati ana..mungkin ada wajah2 itu yang tidak akan ana temui lagi. Ada yang tamat pengajian, ada yang akan berpindah, atau mungkin ajal menjemput jasad ini terlebih dahulu..huhuhu...semester depan ana akan berpindah ke kampus cawangan UMS yang baru di Sandakan. Kampus khas untuk pelajar yang mengambil kursus ijazah muda sains pertanian. Maknanya sem depan ana xdapat jumpa dengan sahabat2, adik2 di bumi UMS kota Kinabalu ini..syahdu rasanya..ana pasti merindui kalian. Setelah tiga thun bersama melakar satu persatu kenangan yang pastinya sangat indah untuk ana kenang dan sangat banyak jika hendak dicoretkan disini. Kenangan yang banyak mengajar ana mengenai erti sahabat..erti ukhuwwah..


Ana akui dalam hidup ni, persahabatan, persaudaraan dan ukhuwah kerana Allah itu adalah nikmat yang sangat besar dan tinggi nilainya dan hanya dirasakan oleh kaum beriman yang saling memelihara persaudaraan kerana Allah...apa yang membezakan persahabatan org Islam dengan org barat adalah persaudaraan dan persahabatan kerana Allah, ukhuwah fillah..bukannya mendasari kepentingan diri semata...


Ana sedar betapa banyak kekurangan dan kelemahan ana sepanjang ana bersahabat selama ini. Terkadang kita sukar untuk memahami sahabat tetapi ingatlah jangan pernah jemu dalam mencuba memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita. Memang kita tidak sempurna, tetapi jangan pernah berhenti untuk mencuba menjadi sahabat yang baik, sahabat yang dapat membimbing ke arah kebaikan. Dalam bersahabat, banyak perkara yang Allah uji kita, tetapi ingatlah bila mana kita tabah dalam menghadapi ujian itu, bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t..


Suatu ketika seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, 'Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?'


Jawab Rasulullah: 'Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt, apabila kamu dengar percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat'


"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" - Saidina Ali

UKHUWAH


Bila berbicara mengenai ukhuwah…ana tersenyum, terkenang manisnya ukhuwah tika bersama sahabat2 ‘sefikrah’..bersama2 berprogram, rehlah, mukhayyam, tamrin etc..namun terkadang timbul persoalan sejauh mana ukhuwah yang kita bina itu? Apakah ukhuwah yang dibina itu semata-mata kerana Allah?? Bagaimana kita menjaga ukhuwah itu??? Adakah hanya manis di mulut..Naud’zubillah…


Menyingkap kembali ukhwah yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w di dalam jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayati erti ukhwah kerana Allah. Bukan harta sahaja yang mereka serahkan bahkan nyawa pun sanggup dijadikan cagaran. Tapi hakikatnya kita pada hari ini adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah (berlapang dada dengan sahabat) sekalipun sukar untuk kita laksanakan. (muhasabah untuk diri ana huhuhu...=()Persaudaraan yang sejati adalah bermula daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya, moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.


Semangat ukhuwah di antara sesama Muslim hendaknya didasari karana Allah semata-mata, karana ia akan menjadi parameter yang baik untuk mengukur baik-buruknya suatu hubungan. Rasulullah bersabda, ”Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karana keagungan-Ku? Pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku ini, aku menaungi mereka dengan naungan-Ku.” (HR Muslim)


Dalam hadits lain Rasulullah bersabda, ”Barangsiapa yang bersaudara dengan seseorang karana Allah, niscaya Allah akan mengangkatnya ke suatu darjat di syurga yang tidak diperolehnya dengan sesuatu dari amalnya.” (HR Muslim)


Dalam keterangan yang lain Nabi Muhammad menjelaskan, ”Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka.” Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka.” Beliau menjawab, ”Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi karana Allah.” (HR Nasa’i dari Abu Hurairah r.a)


Cara mencapai roh ukhuwah..


Memberitahu kepada saudara yang dicintainya- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)


Berdoa untuk mereka- Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu”.


Berjabat tangan bila bertemu- Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah”.


Memberi senyuman ketika bertemu- Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)


Mengunjungi saudara- Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.


Menyampaikan ucapan selamat- Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)


Memberi hadiah- Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati”.


Memperhatikan keperluan sahabat- Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)


Tegakkan hak-hak persaudaraan: Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi. Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah s.w.t.


“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(al-anfal:63)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...