Sunday, September 18, 2011

JALAN MASIH PANJANG


Bismillah walhamdulillah….

Detik berganti detik, minit berselang minit, jam pula saling bergantian. Minggu silih berganti…sedar atau tidak, akhirnya sampai juga ana dalam semester ketujuh pengajian di UMS ni..alhamdulillah..wah..cepatnya masa berlalu..kini, ana bergelar mahasiswa tahun akhir. Untuk sampai ke tahap ini, terlalu banyak harga yang perlu dibayar terutamanya nilai suatu pengorbanan, nilai sebuah usaha, nilai suatu perjuangan mahupun nilai titisan air mata…yang pastinya, garis penamat hampir dituju, momentum usaha perlu diasah..semoga hati dan kudrat ini kuat menempuh segalanya...Jalan sebenarnya masih panjang atau mungkin belum bermula???


Kepada sahabat2 yang menerusnya pengajian semester ini, ana ucapkan selamat maju jaya dan kepada adik2 junior yang baru menjejakkan kaki di menara gading, selamat berjuang adik2..terutama kepada adik kesayangan ana yang Berjaya melanjutkan pengajian di bumi ums juga dengan course kimia industry. Semoga adik2 semua tabah dan berjaya menempuh mehnah dan tribulasi hidup bergelar seorang mahasiswa..



Emmmm…pantasnya masa berlalu. Masa yang telah berlalu bagaikan air yang mengalir..terus mengalir ke muara tanpa ada sesuatu pun yang mampu menyekat laluannya. Terasa bagai semalam ana mendaftar di ums ini dan kini ana sudah pun berada di tahun akhir pengajian..Allah…


Teringat ana akan satu hadith:

Daripada Aas bin Malik r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda, " Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (HR Tirmidzi)


Pantasnya masa yang berlalu sehinggakan ana terasa belum sempat untuk berbuat sesuatu, belum sempat melaksanakan apa yang sepatutnya, masih belum dapat apa yang dicari di sini. Kita semakin diburu dengan masa, hampir dicantas dek kelalaian kita…Ayuh sahabat2…kita bangkit!! Kutip semua sisa2 waktu yang masih tinggal. Carilah ilmu semahunya. Berjuanglah selagi waktu dan peluang ini masih ada…semoga Allah memberi kita semua kekuatan dan merahmati perjuangan kita selama ini…siiru ‘ala barakatillah..=)


Waktu adalah emas kata orang,

bukankah waktu adalah pedang? kata sebahagian,

pelbagai perumpaan, pelbagai taksiran,

semua ke arah satu definasi tujuan.


Di setiap detik umurmu berkurang,

tanpa di undang ajal pun datang,

merungut manusia, katanya masih kurang bersenang-senang,

belum sedia untuk pulang.


Wahai saudaraku,

siapkan pundi-pundi bekalmu,

untuk masa yang pasti menantimu,

bila kelak kematian datang menjemputmu,

tidak diawal, tidak pula ditunda waktumu.


Di hari kiamat kau akan menyesal,

kerana pergi tanpa bekal,

ke tempat yang sebenarnya kekal,

balasan yang menanti di sebalik ajal.


Tidakkah kau merasa kecewa,

saudaramu yang tersenyum ceria,

kerana bekal yang cukup tersedia,

sedang dirimu haus dahaga?


Ya Rabbi..

sedarkanlah hati kami,

mesti sejenak dalam duniawi,

agar selalu terbayangi,

dahsyat murka-Mu di akhirat nanti.


Ya Rabbi

tunjukkanlah kami

jalan lurus yang Engkau redhai

jalan penuh dengan nikmat

bukan jalan sesat yang Engkau murkai


Amin Ya Robbal 'Alamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...