Wednesday, December 26, 2012

Janji Yang Pasti



Alhamdulillah..hujung2 tahun ni semakin banyak jemputan majlis kahwin diterima
Alhamdulillah..gembira melihat mereka

 “Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”

Semoga berbahagia menempuh ‘alam’ yang baru
yang pastinya berhadapan mehnah dan tribulasi
yang menuntut kekuatan ilmu dan emosi yang tinggi
ayuh persiapkan diri menuju ‘alam’ itu
persiapkan segalanya

melihat mereka yang disatukan, si soleh dengan si solehah
hati kecil mengucap syukur dan memujiNya
betapa indahnya perancanganMu Tuhan
menambahkan keyakinan dalam diri ini
membenarkan, mengiyakan sedalam-dalamnya
akan janji Allah

“…perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran) ALLAH bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum:21)

Impikan pasangan yang soleh..berusahalah jadi solehah terlebih dahulu
Impikan pasangan yang punya responsibility yang tinggi..kenangkan dulu responsibility kita padaNya, pada keluarga, pada sahabat-sahabat sendiri
Impikan anak-anak yang berakhlak tinggi..jadilah anak yang berbudi terlebih dahulu

Usah bermimpi inginkan yang soleh jika solat sendiri tidak dijaga
Usah bermimpi inginkan yang tinggi akhlaknya jika akhlak sendiri hampir ke longkang
Usah bermimpi inginkan anak-anak penyejuk hati..jika ayah ibu sendiri tidak disantuni
Ayuh berusaha…berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik
Ingatlah “what you give, you will get back”
janjiNya itu pasti..

Monday, December 17, 2012

Keluh Kesah

Mengapa mengeluh??
Mengapa terlalu mudah berkeluh kesah??
Tidakkah kau puas dengan apa yang ada??
Tidak pernah puas inginkan itu inginkan ini
Sedangkan yang ada sudah terlalu banyak
Namun hanya dirasakan seperti ilusi semata

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat berkeluh kesah, dan apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir" (Surah Al-Ma'arij:20-21)

Disetiap urat nadi & kuatnya sendi
Disetiap denyutan jantung & helaan nafas
Disetiap kerlipan mata & hebatnya akal
Semuanya terdapat bukti betapa banyaknya nikmatNya
Yang tidak akan mampu untuk dibayar semula

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Lalu.....BERSYUKURLAH!
Saat tidak punya harta melimpah ruah
Bersyukurlah..masih dikurniakan nikmat-nikmat yang lain
Saat tidak memiliki wajah yang cantik/tampan
Bersyukurlah..masih dikurniakan nikmat-nikmat yang lain
Saat diri ditimpa musibah
Bersyukurlah...tandanya Allah mengasihimu..pasti terselit hikmahnya
Saat merasa diri terlalu banyak kekurangan
Bersyukurlah..disebalik kekurangan itu pasti banyak kelebihannya tersendiri
Saat merasa diri keseorangan
Bersyukurlah...Allah pasti bersamamu

Bersyukurlah..bersyukurlah
Hentikan keluh kesahmu
Usah terlalu hamba kepada dunia fana
Bersyukurlah..Alhamdulillah..

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azabKu sangat berat" (Ibrahim:7) 


BUATMU INSAN ANGKUH


Kita ini insan
Cuma insan, cuma hambaNya
Penumpang di layar dunia
Insan tidak punya apa
Kosong
Cuma amal soleh & ketaqwaan pembeza kita semua
Lalu...kenapa sombong??
Kenapa angkuh duhai insan??
Kita tidak punya apa untuk dibanggakan
Kosong!!

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau & permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" (Surah Al-Ankabut:64)

Lalu...apa yang kita kejar di dunia ini??
Sedang dunia ini hanya sementara
Sedarlah duhai insan
Ambillah dunia ini seadanya sahaja
Jadikan ia sebaik-baik bekalan untuk ke daerah sana

Usahlah sombong
Usahlah angkuh memburu dunia
Usahlah bangga meninggi diri
Kerana hakikatnya kita tidak punya apa
Hanya belas pinjaman dari yang Maha Kaya

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi & tidak akan mampu menjulang setinggi gunung"
 (Surah Al-Isra':37)

Hanya DIA yang berhak untuk ada rasa itu
Kerana DIA lah empunya segalanya..
Subhanallah...=)


Saturday, December 1, 2012

Bila?? Bila?? dan Bila???



Sering kali dihujani soalan demi soalan

 “Bila la kamu ni nak dapat kerja elok? Tu hah anak2 jiran semua kerja bagus2. Kamu bila lagi?”

Senyum..sengih..=)

“Bila la kamu nak beli kereta ni? Tu hah kawan kamu tu baru beli kereta. Kamu bila lagi?”

Senyum..sengih..=)

 “kamu ni bila nak kahwin? Tu hah sepupu2 kamu semua da kawin. Kamu bila lagi?”

Senyum..sengih..=)

“kamu ni bila..bila..dan bila??????”

Pengsan..bangun balik..senyum..=) adoyai...


“kamu ni asyik senyum, sengih ja? Tak stress ka???”

Senyum lagi..=)

Bertenanglah kawan..itu semua stress yang tidak diperlukan

Kita dan mereka tidak sama..it’s the fact

Priority mereka berbeza dan ‘jalan’ kita juga tidak sama

Usahlah terlalu tertekan semata-mata untuk memnuhi penilaian manusia ke atas kita

Yakinlah! Semua itu ada masanya

Apa yang penting, usaha+doa+tawakal

Bersabarlah..senyum..=)

“..barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)” (At-talaq”3)

“Ya Hayyu, Ya Qayyum..
dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.
 Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diri ini kepadaku
walaupun sekelip mata

Monday, November 26, 2012

Selamatkan mereka

Sedih, pilu, kecewa bercampur baur
Mengetip bibir, menghela nafas panjang
Runtunnya qalbu melihat mereka-mereka itu
Disakiti lagi, lagi dan lagi
Kesakitan yang terlalu lama dirasai
Tiada penghujungnya..

Pejam mata seakan terlihat kesengsaraan mereka
Diri ini terlalu lemah
Tidak mampu berjuang bersama-sama mereka
Melontar batu bersam mahupun menghunus senjata
Melawan kuffar-kuffar durjana

Ingin sekali diri ini menyeka tangismu wahai adikku
Ingin sekali tangan ini merawat lukamu wahai kakakku
Ingin sekali diri ini memelukmu erat wahai saudaraku
Ingin sekali lisan ini membisikkan kata-kata semangat buatmu
Melihatmu disakiti seakan menyiat-nyiat hati ini

Sungguh hati ini tidak rela dirimu diperlakukan sebegitu
Telah lama dirimu disakiti
Telah lama penderitaan itu menghapus riang tawamu
Telah lama kedurjanaan itu membenihkan kesedihan yang amat dalam
Bersabarlah wahai saudaraku
Kuatkan hatimu
Kuatkan jasadmu untuk terus berjuang
Doa kami sentiasa bersamamu
Teruslah berjuang wahai mujahid mujahideen palestin

Ya Allah selamatkan mereka
Selamatkan mereka
Selamatkan  mereka...


Thursday, November 15, 2012

Srikandi AdN

Srikandi AdN???
Ya, Srikandi AdN
Kenapa? Salahkah?
Mungkin pelik pada pendengaran dan pandangan saudara saudari
Tapi tidak pada ana..sebabnya: mestilah ini kan blog ana hehe..
Apapun namanya, apapun titlenya terpulang pada ana
Sebab bagi ana semuanya ada makna tersendiri

Ok..kenapa Srikandi AdN???
Perkataan srikandi rasanya semua sedia maklum, xperlu ana jelaskan
AdN?? Emmm..itu singkatan nama sebenarnya: Adrianti Nahrud..jelas?? hehe..
One more thing..anda pernah melihat ayat ini= ‘Adn ???
Bagi yang selalu membaca terjemahan AlQuran, anda pasti selalu menemuinya..

‘Adn ataupun Jannatul ‘Adn salah satu syurga yang diperbuat daripada intan putih
Syurga yang indah, menjadi impian kita semua
Begitu juga dengan ana..


Di dalam Al Quran dicatatkan bakal-bakal manusia yang akan mendiami Syurga ‘Adn… Antaranya:

Orang yang bertaqwa kepada Allah Taala :
Firman Allah yang bermaksud ;


“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Kebaikan”. Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan yang baik, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu Syurga ‘Adn, yang mereka masuk ke dalamnya, yang mengalir padanya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki; Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa”.
(An-Nahlu : 30-31)


Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh
Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan barang siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat tinggi lagi mulia. Iaitu Syurga ‘Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan itu adalah balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekufuran dan maksiat”. (Thaha : 75-76)


Orang yang banyak berbuat kebaikan dan sangat jarang berbuat kesalahan :
Firman Allah Taala yang bermaksud :

… dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya ada pula orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang sangat besar. Bagi mereka adalah Syurga ‘Adn’, yang mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka dihiasi dengan gelang-gelang emas dan mutiara; dan pakaian mereka adalah sutera” (Al-Fatir : 32-33)


Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah, mendirikan solat, menginfakkan harta di jalan Allah dan dapat menolak segala kejahatan dengan kebaikan:
Firman Allah yang bermaksud :


“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan, mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu Syurga ‘Adn, mereka masuk bersama-sama orang-orang yang soleh, ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.”  (Ar-Ra’du : 22-23)



Allah juga telah memaparkan keindahan Jannatul ‘Adn dalam kalamNYA..

“Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan- dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirehat yang indah” (Al Kahfi:31)

Subhanallah..MasyaAllah…indahnya syurga-syurgaMu ya Allah..
Ganjaran bagi hamba-hambaMu yang taat dan bertaqwa kepadaMu
Teringin sekali diri ini menjadi salah seorang penghuninya
Menjadi seorang srikandi yang berjuang untuk kesana
Meski terasa rendahnya hinanya diri ini
Mengimpikan mahligai indah itu
Sedangkan diri masih bersalut noda-noda dosa
Alangkah malunya diri ini
Namun, diri ini akan terus berjuang
Bermujahadah sedaya upaya
Agar kelak dibangkitkan menjadi srikandi bidadari syurgaMu
Aduhai…Srikandi ‘Adn….


~Cetusan Rasa Insan Berdosa~


Inilah tulisan,
tentang sebuah rasa.
Tulisan insan berdosa.

Boleh jadi ia tidak bermakna,
belum pasti ada manfaatnya.

Tiada isi,
tidak pasti,
selalu berasa rugi.
Tidak mampu memberi erti,
kerana diri sendiri
sangat kerdil, sangat kecil, tidak punya apa-apa
untuk 'memberi'.

Malangnya... Kasihannya...
Masihkah ada ruang di sana?

Astaghfirullahal'aziim.


sumber: http://mohdashrafi.blogspot.com


Wednesday, October 24, 2012

MANIFESTASI PERJUANGAN


Kalau dahulu hanya melihat-lihat
Memerhati dan tersenyum gembira buat mereka
Tapi kini, ana rasainya sendiri
Pejam celik pejam celik..Alhamdulillah 4tahun berlalu
Kini ana bergelar graduan University Malaysia Sabah


Selesai sudah majlis konvokesyen ana
22 Oct 2012 hari bersejarah
Manifestasi perjuangan ana di alam kampus
Bangga, gembira, sebak, lapang dan semestinya setinggi-tinggi kesyukuran pada pemberi nikmat itu..
Syukran jazilan ana ucapkan kepada semua insan2 tersayang yang tidak jemu memberi tunjuk ajar, sokongan dan bimbingan kepada ana sepanjang langkah menimba ilmu. Semoga Allah membalas jasa dan bakti kalian semua
Sungguh segala ilmu, pengalaman dan segala-galanya sepanjang 4tahun ini akan ana kenang selama-lamanya
Semoga ilmu yang ana perolehi ini membentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, beramal dan bermanfaat buat semua kerana..seeru a’la barakatillah..=)


Tuesday, September 25, 2012

YAKIN! PASTI ADA!!

Mencari lagi
Terus mencari
Mencari dari pelbagai sisi
Terasa diri ibarat pemburu..
Pemburu sesuatu yang tidak pasti
Tapi bukan mustahil

Terkadang hampir dapat
Terkadang tinggal sekerat jalan
Terkadang tak nampak jalan langsung..
Huhhhhh….
Akhirnya pasrah sendiri..


Tapi mengapa mengeluh??
Mengapa berputus asa??
Tidakkah engkau tahu bahawa ini satu ujian duhai diri??
Tunduk….
Merenung bumi…
Mendongak..
Merenung langit…
Dan aku masih begini
Muhasabah….itu jalan terbaik..

“kini aku bangkit, membuktikan yang ku tak sakit’ itu kata Najwa Latif (lagu Kosong)
Perlu bangkit
Ya! Bangkitlah semula..
Berpura-pura tidak sakit..
Mengapa perlu risau??
Berdoalah lagi..
Bukankah Allah dah kata: “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu” (Surah Al-Mukmin:60)


Jadi???
Sudahlah…seka air mata
Tarik nafas panjang
Jika perlu bermula dari awal
Tiada salahnya
Berusahalah duhai diri
Jangan cepat mengalah
Jangan cepat bersedih
Jangan cepat lelah
PASTI ADA JALANNYA!!!

~Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya (surah ali imran:159)~

Apa yang diburu: hehe…memburu kerja. Masih tercari-cari, masih memburu kerja yang sesuai buat diri yang lemah ni huhu..Teringat status sorang sahabat fb:

kpd mmber2 yg still lg MENCARI KERJA.. jgn 'PUTUS ASA'..truskan dgn USAHA yg BERLIPAT GANDA. Zaman Skrg, Saingan utk M'DAPAT TEMPAT dlm ap2 Bdang Pkerjaan mmg SENGIT.. lgi2 rmai sgt ORG HEBAT2.. sya kongCkn 2 tips utk mmudhkn URUSAN MNDPTkn KRJA :
1. Niat utk Jdi Muslim yg Brjaya Dunia Akhirat dlm bdng yg diceburi
2. Bekerja utk Tolong / ringankan beban Family (trutama mak ayah).

Sangat suka dengan tips tersebut. Syukran sahabat..

Mohon doa sahabat2 agar diri yang lemah ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki dalam mencari pekerjaan yang sesuai & diredhaiNYA…Amin..=) 

Yassirni...Yassirni..Yassirni Ya ALLAH...............


Wednesday, September 12, 2012

Ku Tahu Ku AdaMU..=)


AdaMu: Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Mode: Ya, ku tahu ku adaMu..disetiap detik..disetiap keadaan..terima kasih ya Allah..=)

Tuesday, September 11, 2012

DOKTOR HATI

Ada sesuatu yang tidak kena
Terasa sesuatu disini
Tidak suka akan rasa ini
Benci..pergilah jauh
Rasa itu dimana??
Rasa itu di sini…dihati..

Aduhai hati
Sakitkah dikau??
Aduhai hati..
Mengapa selalu berkeluh-kesah???
Mengapa terlalu mudah bersedih bermuram durja??
Mengapa prasangkamu itu kerap hadir??
Mengapa acap kali berkecil hati??
Mujahadahmu juga semakin sirna!! Mengapa duhai hati??


Yakin!! Pasti dikau sedang sakit..
Parah barangkali..
Akan ku rawat dikau
Walau apa cara sekalipun


Kapsul-kapsul iman penawar perlu segera ditelan
Antibiotic mujahadah juga perlu ditambah dosnya
Mungkin ‘operation’ perlu dijalankan segera
Membasuh, mengikis tompok-tompok mazmumah yang kian membarah
Agar ia kembali bersinar
Tenang dan mendamaikan..

 ‘Hati yang tenang adalah hati yang mensyukuri nikmat Allah. 
Hati yang pasrah pada ketentuan ilahi. 
Hati yang redha menerima apa saja ujian yang mendatang. 
Datangilah apa jua halangan, 
hati yang tenang tidak akan berkocak,
 hati yang bersyukur akan tetap merelakan dan 
hati yang pasrah tidak akan gentar berhadapan segala rintangan'

Ya Allah..kurniakan daku hati itu, hati yang dekat padaMu……mohon dengan sangat...=(


Saturday, September 1, 2012

EPILOG SEBUAH PENANTIAN


Kata orang penantian itu satu penyeksaan
Mungkin ada benarnya
Menanti itu kan penuh dugaan
Dugaan yang terkadang penuh penyeksaan
Penuh pengorbanan seadanya

Tapi ingatlah
Saat penantian itu hadir
Allah sedang berbicara kepadamu
Berbicara tentang erti kesabaran
Berbicara tentang erti keikhlasan
Mungkin Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik dari yang dinanti

Saat penantian itu hadir lagi
Jangan pernah berhenti untuk berharap
Jangan pernah berhenti untuk berdoa
Jangan pernah berhenti untuk berusaha
Kerana mungkin Allah sedang mengajarkan kita erti tawakal semata-mata keranaNya

Jadi, penantian itu bukanlah satu penyeksaan
Jika penantian itu disulami keikhlasan
Diiringi dengan tawakal yang sebenar-benarnya
diakari dengan keimanan yang benar-benar mantap
Yakinlah..janji Allah itu pasti benar!!
InsyaAllah kelak pasti berbuah bahagia..YAKINLAH!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...