Tuesday, July 3, 2012

I'm Not Single



“Awak dah berpunye?” tanya Pak Su Qaisarah.

Ana yang sedang asyik melayan Qaisarah sedikit tersentak dengan pertanyaan spontan Encik Samsul, pak su Qaisarah..

”Encik rasa?”

“Emmm..ada kot..:” duga Encik Samsul.

“Napa encik tanya macam tu?” Soal ana lagi..sengaja menduga hati pak su Qaisarah.

“Ye la..awak ni baik, lemah lembut, saya perhatikan semua orang sayangkan awak. Qaisarah pun sayang awak. Mesti da berpunye kan?” Jawab en samsul. Entah ikhlas atau tidak, Wallahu’alam.

“Dah..lama da berpunya..” Jawab ana ringkas sambil tersengih..

“Kan da agak da..orang mane? Sabahan jugak ker? Da lama kenal?” Tanya encik Samsul lagi sambil tersenyum.

Kali ni, giliran dia pula bermain-main dengan Qaisarah..agak lucu kerenah mereka..sesekali Qaisarah mengekeh-ngekeh ketawa..

“Saya da berpunya sejak lahir lagi..dipunyai oleh Allah, dipunyai oleh mak ayah saya..” ana menjawab dengan selamba..hehe..kali ni encik samsul terkena..

“Allah..sy tanya boyfriend/tunang la..kalau yang tu, sy da lama tahu..” jawab encik samsul. Mungkin bengang. Ah, biarla..hehe..ana memang nakal..suka usik orang pun..

“Ok2..i’m single now..xda tunang, xda suami, kawan2 lelaki ramai la hehehe..” jawab ana malu2.

“Owh..single la tu kan..xsunyi ka single2 ni? Tak teringin ka nak macam mereka tu?” soal en samsul lagi sambil memandang beberapa pasang suami isteri bersama anak2 mereka di taman itu..petang hujung minggu macam ni, taman rekreasi Taman Tasik Utama ni memang menjadi tumpuan keluarga.

Ana terdiam..Ya, memang seronok melihat mereka..terasa bahagia..

“kenapa pulak en kata single ni sunyi?? Encik sunyi?” ana sekadar bertanya..sedikit tidak puas hati sebenarnya bila mendengar statement ‘kalau xda buayafriend/gelifriend hidup terasa sunyi sepi’ alahai..

“yup..sedikit. boring..xda teman berbicara, teman berkongsi cerita, teman meluah rasa” jawab en samsul sambil tersengih..Huh..’gatal’ ana rasa..pensyarah yang busy dengan kerja pun reti rasa bosan bila xda makwe ka..pelik..pelik..

“Awak xboring xda bf?” soalnya lagi.

“Tidak sama sekali..sy ada cinta dan kasih sayang Allah dan Rasul, hati sy sarat dengan cinta family, jiwa sy terhibur dengan kasih sahabat2” jawab ana dengan penuh yakin.

En Samsul terdiam..berfikir agaknya.. “sebelum ni awak ada couple? Tak pernah bercouple?” soalnya bertubi-tubi..

Ana pandang wajah en samsul sekilas. Ana tersenyum. Soalan itu tidak akan terjawab..biar Allah sahaja mengetahui akan hati ini..

Ana pandang Qaisarah..ana dukung anak kecil itu..
Membiarkan pak su dia dengan persoalannya..biarla..
Fizikal ana sibuk melayan Qaisarah, tapi akal dan hati saya seolah-olah berbicara, meluah rasa..

‘Kenapa majoriti orang yang masih single rasa bosan kalau xda couple?’
‘penting sangatka couple ni?’
‘dah desperate sangatka?’

Persolan demi persoalan..bagi ana, jelas! Ana lebih suka dan senang dengan keadaan begini..sebabnya:-

1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.

2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.

3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.

5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.

6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-  

7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. 

8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.  

9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.

Bila ditanya, "Are you single now??"

Lidah ana menjawab, "yes" tapi hati ana menjawab "I'M NOT SINGLE"

Sebabnya: ana ada ini..




'Kepada si pemilik tulang rusuk ini, 
semoga Allah mempercepatkan pertemuan kita..
walau dimana pun dikau berada, semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya..'

Wallahu'alam..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...