Tuesday, August 21, 2012

PERIHAL SI KECIL


Si kecil itu
Dia kecil sahaja
Seringkali jadi bahan usikan
Biarlah mereka tertawa
Biarlah kecilnya hanya pada jasad
Asalkan semangatnya, tekadnya, azamnya tidak kecil

Si kecil itu
Kebahagiaan mereka-mereka itu adalah kebahagiaannya
Walau terkadang tubuh kecilnya terasa lelah
Tapi biarkan..
Baginya erti hidup pada memberi
Dia senang begitu
Bahagia dengan caranya sendiri

Si kecil itu
Menghambakan dirinya hanya pada yang Satu
lalu kepadaNya disandarkan segalanya
Cintanya, rindunya, pedihnya, deritanya hanya Dia yang tahu
padaNya dia menghambur rasa
kerena Dia tidak pernah mengecewakannya

Si kecil itu
Kadang dia terjatuh
Tapi dia tangkas, bingkas bangkit kembali
Menyeka saki-baki tangis
Merawat sendiri luka yang mungkin parah
Lalu tersenyum kembali
Meski dihujungnya masih ada sedu

Si kecil itu
Dia tetap gigih berusaha
Bersungguh walau apa cara
Kerana baginya
Dirinya masih tidak punya apa
Kerana baginya
Dia masih perlu banyak belajar
Belajar erti sebuah kehidupan
Agar kelak akhirnya
dia dijemputNya menjadi kekasihNya yang mulia..

Sunday, August 19, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H


"Taqabballallahu minna wa minkum salihah a'mal"

~ semoga Allah menerima segala amal soleh (serta ibadah) daripada kita semua ~

Wednesday, August 15, 2012

SEDIKIT CUMA

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Segala puji hanya bagiMu Tuhan Maha pemberi
Hari ni buat pertama kalinya ana mendapat gaji
Hasil titik peluh sendiri
Walaupun jumlahnya tidaklah sebesar mana
Tapi Alhamdulillah hati ana senang
Sungguh…kerja ini banyak mengajar ana
Erti kesabaran
Erti keikhlasan
Erti sebuah pengorbanan
Terasa besarnya pengorbanan mak dan ayah dalam mencari rezeki
Membesarkan anak-anak
Yang semestinya menuntut banyak pengorbanan dan air mata

Kini..rasa itu ana rasai..
Lelah itu ana akui..
Semoga penat lelah ini berbuah taqwa
Dalam menyusuri mehnah hidup
Kerana diri ini masih kosong
Bertatih mengenal ranjau kehidupan
Buat bekalan suatu ketika yang pasti akan tiba..


Tuesday, August 14, 2012

PEMBURU MALAM



Malam datang lagi..
Ya..malam yang ditunggu-tunggu saban tahun
Dan setiap tahun juga dia menjadi pemburu
Pemburu yang tidak kenal erti jemu

Malam datang lagi..
Diisinya dengan penuh pengharapan
Harapan yang menggunung tinggi
Semoga malam itu akan ditemuinya

Malam itu pasti datang..
Malam penuh rahsia
Didalamnya terkandung 1001 rahmat dan pahala
Buat sang pemburu malam..

Malam itu pasti datang..
Ya..dia yakin..sangat yakin..
Namun hatinya pilu dan sendu selalu
Adakah dirinya layak menemui malam itu??


Rahsianya hanya ‘DIA’ yang Maha Tahu…


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...