Monday, November 26, 2012

Selamatkan mereka

Sedih, pilu, kecewa bercampur baur
Mengetip bibir, menghela nafas panjang
Runtunnya qalbu melihat mereka-mereka itu
Disakiti lagi, lagi dan lagi
Kesakitan yang terlalu lama dirasai
Tiada penghujungnya..

Pejam mata seakan terlihat kesengsaraan mereka
Diri ini terlalu lemah
Tidak mampu berjuang bersama-sama mereka
Melontar batu bersam mahupun menghunus senjata
Melawan kuffar-kuffar durjana

Ingin sekali diri ini menyeka tangismu wahai adikku
Ingin sekali tangan ini merawat lukamu wahai kakakku
Ingin sekali diri ini memelukmu erat wahai saudaraku
Ingin sekali lisan ini membisikkan kata-kata semangat buatmu
Melihatmu disakiti seakan menyiat-nyiat hati ini

Sungguh hati ini tidak rela dirimu diperlakukan sebegitu
Telah lama dirimu disakiti
Telah lama penderitaan itu menghapus riang tawamu
Telah lama kedurjanaan itu membenihkan kesedihan yang amat dalam
Bersabarlah wahai saudaraku
Kuatkan hatimu
Kuatkan jasadmu untuk terus berjuang
Doa kami sentiasa bersamamu
Teruslah berjuang wahai mujahid mujahideen palestin

Ya Allah selamatkan mereka
Selamatkan mereka
Selamatkan  mereka...


Thursday, November 15, 2012

Srikandi AdN

Srikandi AdN???
Ya, Srikandi AdN
Kenapa? Salahkah?
Mungkin pelik pada pendengaran dan pandangan saudara saudari
Tapi tidak pada ana..sebabnya: mestilah ini kan blog ana hehe..
Apapun namanya, apapun titlenya terpulang pada ana
Sebab bagi ana semuanya ada makna tersendiri

Ok..kenapa Srikandi AdN???
Perkataan srikandi rasanya semua sedia maklum, xperlu ana jelaskan
AdN?? Emmm..itu singkatan nama sebenarnya: Adrianti Nahrud..jelas?? hehe..
One more thing..anda pernah melihat ayat ini= ‘Adn ???
Bagi yang selalu membaca terjemahan AlQuran, anda pasti selalu menemuinya..

‘Adn ataupun Jannatul ‘Adn salah satu syurga yang diperbuat daripada intan putih
Syurga yang indah, menjadi impian kita semua
Begitu juga dengan ana..


Di dalam Al Quran dicatatkan bakal-bakal manusia yang akan mendiami Syurga ‘Adn… Antaranya:

Orang yang bertaqwa kepada Allah Taala :
Firman Allah yang bermaksud ;


“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Kebaikan”. Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan yang baik, dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu Syurga ‘Adn, yang mereka masuk ke dalamnya, yang mengalir padanya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki; Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa”.
(An-Nahlu : 30-31)


Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh
Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan barang siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat tinggi lagi mulia. Iaitu Syurga ‘Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan itu adalah balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekufuran dan maksiat”. (Thaha : 75-76)


Orang yang banyak berbuat kebaikan dan sangat jarang berbuat kesalahan :
Firman Allah Taala yang bermaksud :

… dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya ada pula orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang sangat besar. Bagi mereka adalah Syurga ‘Adn’, yang mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka dihiasi dengan gelang-gelang emas dan mutiara; dan pakaian mereka adalah sutera” (Al-Fatir : 32-33)


Orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah, mendirikan solat, menginfakkan harta di jalan Allah dan dapat menolak segala kejahatan dengan kebaikan:
Firman Allah yang bermaksud :


“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan, mendirikan solat, serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu Syurga ‘Adn, mereka masuk bersama-sama orang-orang yang soleh, ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.”  (Ar-Ra’du : 22-23)



Allah juga telah memaparkan keindahan Jannatul ‘Adn dalam kalamNYA..

“Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan- dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirehat yang indah” (Al Kahfi:31)

Subhanallah..MasyaAllah…indahnya syurga-syurgaMu ya Allah..
Ganjaran bagi hamba-hambaMu yang taat dan bertaqwa kepadaMu
Teringin sekali diri ini menjadi salah seorang penghuninya
Menjadi seorang srikandi yang berjuang untuk kesana
Meski terasa rendahnya hinanya diri ini
Mengimpikan mahligai indah itu
Sedangkan diri masih bersalut noda-noda dosa
Alangkah malunya diri ini
Namun, diri ini akan terus berjuang
Bermujahadah sedaya upaya
Agar kelak dibangkitkan menjadi srikandi bidadari syurgaMu
Aduhai…Srikandi ‘Adn….


~Cetusan Rasa Insan Berdosa~


Inilah tulisan,
tentang sebuah rasa.
Tulisan insan berdosa.

Boleh jadi ia tidak bermakna,
belum pasti ada manfaatnya.

Tiada isi,
tidak pasti,
selalu berasa rugi.
Tidak mampu memberi erti,
kerana diri sendiri
sangat kerdil, sangat kecil, tidak punya apa-apa
untuk 'memberi'.

Malangnya... Kasihannya...
Masihkah ada ruang di sana?

Astaghfirullahal'aziim.


sumber: http://mohdashrafi.blogspot.com


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...