Sunday, March 31, 2013

Corat-coret Kanvas Hidup

Bismillah Walhamdulillah..

Hidup ini sungguh unik, misteri, ajaib, mungkin juga pelik
Setiap hari yang berlalu dan setiap hari yang datang pasti menjanjikan sesuatu kelainan
Sesuatu yang berbeza, jika bukan berbezanya pada insan-insan sekeliling kita, pasti berbeza emosi, berbeza cuaca, berbeza peristiwa
Kadang-kadang unexpected..
ya, ajaib..menakjubkan
Apa yang pasti, dengan siapa kita bertemu, apa yang sedang kita hadapi dan lalui, apa yang sedang kita nikmati ini adalah cara Allah mengajar kita tentang kehidupan
Maha suci Allah daripada menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..

Jika dulu sewaktu zaman kanak-kanak, bila melihat kakak2/abang2 yang bersekolah menengah terdetik di hati kita “Bestnya jadi orang besar, nak jadi besar cepat la hehe..”

Dan bila berada di alam sekolah menengah, terdetik lagi di hati “Cepatlah waktu berlalu, bestnya tengok kakak2/abang2 masuk university, ada konvokesyen lagi hehehe..”

Bila da masuk alam mahasiswa, terdetik lagi di hati “Cepatlah konvo, tak sabar nak kerja, letih da study2 ni..hurmmmm..”

Tapi bila da masuk alam pekerjaan, saat melihat kanak-kanak, terdetik pula di hati “Alangkah bestnya jadi kanak-kanak, tak payah fikir banyak sangat. Fikir main, makan, tido ja. Bila da dewasa macam-macam kena fikir, fikir pasal kerja, nak kahwin lagi, rumah, kereta emmmm..”


Alahai….Allahurabbi..
Itulah kita, manusia yang lemah..manusia yang sangat-sangat kerdil di hadapan Allah
Manusia hakikatnya tiada apa-apa, bukan siapa-siapa tanpa Allah..hanya hamba

Dan salah satu nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita adalah nikmat masa
Setiap masa, setiap detik dan ketika adalah nikmat Allah yang sangat bernilai
Jika kita gagal menghargai dan menggunakan nikmat itu sebaik-baiknya, maka jadilah kita hamba yang rugi seruginya dan penuh dengan kesalan, keluhan

Mungkin ramai antara kita pernah mengalami situasi tadi,
Dan saya terfikir..mungkin juga naluri-naluri tadi hadir kerana kita gagal menghargai setiap detik yang sedang kita hadapi, menggunakan semaksima mungkin masa yang ada untuk kebaikan
Sekiranya kita memanfaatkan sepenuhnya setiap detik yang hadir, pasti manusia tidak akan mengeluh untuk berada di detik yang lain yang difikirkan indah
Pasti kita menggunakan setiap peluang dan masa yang ada untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu, memetik sebanyak mungkin mutiara pengalaman berharga, menyelami sedalam mungkin hikmah yang dikurniakanNya

Dan pastinya jika itu terjadi, kita pasti akan tersenyum kembali mengenang betapa indahnya detik-detik yang telah kita lalui tanpa sekelumit sesalan malah penuh kesyukuran
Dan pastinya saat itu, kita pasti menjadi seorang manusia yang hebat, mukmin yang bermanfaat kepada semua dan pastinya hamba yang taat pada penciptaNya


Ya, memang begitu hidup
hidup kita ini penuh dengan misteri yang perlu kita terokai setiap ketika
 perlu kita selami hikmahnya
Setiap detik, setiap saat adalah berharga buat kita
Hargailah hidup ini
Manfaatkan ia sebaik mungkin
Kita mungkin bukanlah seorang yang terbaik
Tapi berusahalah memberi yang terbaik dalam kanvas hidup yang singkat ini
Berusaha dan tawakal lah
Semoga sepanjang perjalanan hidup kita, 
dan apa sahaja yang kita lakukan 
sentiasa dirahmati dan diberkati yang maha Agung…=)

Thursday, March 28, 2013

Being A Student Back..

Bismillah Walhamdulillah…
Jika suatu ketika dulu
Diri ini pernah hampir berputus asa
Juga pernah dihambat rasa keliru dan serabut dalam penantian
Menanti sesuatu untuk dijadikan jalan menggapai cita-cita



Ya, sungguh..dalam hati ini cita-cita itu menggunung tinggi
Ingin menjadi insan yang tinggi ilmunya seiring jua taqwanya
Sentiasa berada dalam nafas ilmu, menyedut nila-nilai intelek
Menjadikan ilmuan-ilmuan Islam sebagai idola
Ingin sekali diri ini menjadi seperti cendekiawan-cendekiawan bertaqwa
Menjadikan semangat mereka dalam mengangkat martabat ilmu dan semangat juang mereka mencari ilmu walau dimana jua sebagai inspirasi pembakar semangat
Agar kelak ilmu itu boleh digunakan sebagai saham akhirat
Mendidik generasi akan datang mengenal hakikat sebenar kehidupan
Menjadikan mereka generasi yang juga cintakan ilmu
Mengangkat semula martabat cendekiawan mukmin pada era-era mendatang…

Alhamdulillah…..setinggi-tinggi pujian ke atas rahmatNya
Kini Dikau hadirkan peluang kepada hambaMu yang kerdil ini untuk terus berjuang menimba ilmu
Meski  jauh di Bumi Kenyalang, akan jua diredahi
Jika ini jalan terbaik buat diri ini, maka bantulah hambaMu yang lemah ini
Semoga diri ini akan terus tabah menempuh apa jua cabaran mendatang
Semoga semangat untuk terus menimba sebanyak mungkin ilmu terus terpasak utuh dalam sanubari
Semoga perjuangan ini sentiasa diberkati dan mendapat redhaNya
Demi mencapai cita-cita itu..
Terima kasih ya Allah..
Now, I'm being a student back...UNIMAS postgraduate student..=)


Saturday, March 9, 2013

Buatmu Alif Amirul

Setiap kali melihat kamu membuat hati ini tenang
Melayani setiap kerenah kamu mengajar diri ini erti kesabaran
Alif Amirul..penyeri, teman, pengikat kasih sayang semua
Betapa melaut kasih sayang ini, menyayangimu sepenuhnya, mendoakanmu selalu...


Melihat kamu membuat diri ini berfikir dan menginsafi
Akan agungnya kuasaNya yang menciptakan dan Maha memelihara
Juga membuat diri ini berfikir dan mengenang kembali
Betapa besar pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu dan ayah

Membesarkan kamu bukan mudah
Mendidik kamu juga perlu ilmu secukupnya
Untuk memastikan kamu membesar dengan sebaiknya
Menjadi sebaik-baik mukmin, khalifah Allah dimuka bumi kelak

Sabda Nabi SAW " Didiklah anakmu dengan 3 perkara- cintakan Nabi SAW, kasih kepada ahli keluarganya dan membaca al-Qur'an". 

" Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam), maka kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi"

Alhamdulillah..anak umi Alif Amirul dah besar
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang kedua..
Semoga anak umi membesar menjadi anak yang soleh
Membesar dengan sihat dan cerdas
Sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya..Amiin..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...