Saturday, April 13, 2013

Menari Dalam Hujan

Merenung rintik-rintik hujan
Terasa sejuk, tenang, damai sekali
Tapi tidak selalunya begitu
Bisa saja rintik itu mendatangkan keresahan di hati

Tapi bila saja kita tahu
bahawa rintik itu semuanya dariNya
pasti hati akan redha
menikmati setiap rentak rintik-rintik itu dengan tenang
sama juga dengan ujian hidup
bila saja kita sedar
bahawa hadirnya itu semua dariNya
pasti hati akan redha
mengharunginya dengan hati yang terbuka

Mengapa takut dengan rintik-rintik itu?
Ya, redah sahaja....
Apakah hendak terus menangis?
Berputus asa menanti redanya hujan?
Tapi, sampai bila?
Ya, redah sahaja...
Tidak mengapa
pasti ada indah dihujungnya

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyirah:6)

Di saat ramainya insan mengeluh
Meratapi akan ditimpa rintik-rintik hujan itu
Terkadang kita lupa
Bahawa indahnya saat menari dalam hujan


# Pernah bermain dalam hujan?? 
Ya, saya pernah.....
Seronok bukan??...=)


Friday, April 12, 2013

Muslimah Biasa


“Akakkkk…akak da kawen ea?? Da ade anak ea???” terjah Ain di ruangan chat FB. Tiba2…
 Dengan kagetnya, jari2 kecil lancar menari di atas keyboard “belum dik…kak belum kawen…xda anak pun hehehe.. napa ni tiba2 terjah kak ni?” saya tersenyum. Terbayang telatah kanak2 riang Ain.
“Habis tu..titew bace di blog akak..ade anak umo 2tahun lagi huhuhhu..sorry..=)”
“owh..tu anak saudara akak..akak memang bahasakan diri akak ‘umi’ dengan anak-anak saudara kak..”
“Tu la..terkezut titew taw..hehe..akak kalau da nak kawen, jgn lupa jemput Ain. Ain tak sabar nak tengok sape azben akak hehe..mesti azben akak orang baik2 kan..emm akak da ada tunang?” soal Ain..
Aduh..banyak soal pulak adik ni..personal matter pulak tu..alahai..
“InsyaAllah. Jangan risau, kak pasti jemput Ain.. Tunang?? Xda Ain.. I’m single hehe..”
“Eh? Xder eh?? Sangkakan akak da ade tunang..kan biasanya orang2 baik ni, cepat ja orang ‘booking’”
“Ain ni…suka hati ja ea.. Ain la kawen dulu..hehe..”
“upppsss..Ain muda lagi..akak kawen dulu..hahaha..”
“InsyaAllah..akan tiba masanya. Ain doakan ja la ya..”
“InsyaAllah kak..jangan lupa jemput taw..ok kak, Ain chaw dulu. Miss u sooo much..hehe..”
“ok..miss u too..”

~~offline~~

Saya tersenyum..bukan sekali ini saya diterjah soalan2 seumpama itu..bukan sekali, malah berkali-kali
Malah yang melucukan bila sahabat berkata ‘tak sabar nak tengok husband akak, mesti husband akak orang baik2 kan’
Alahai..hati beristighfar..beristighfar sebanyak-banyaknya..menginsafi diri jauh ke lubuk hati paling dalam
Sungguh. ayat itu sebenarnya ‘berat’ bagi saya. Ibarat batu besar menimpa kepala adoyai…
Benar, saya mengakui ayat Allah

“…perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Penilaian diri sendiri, penilaian manusia dan penilaian Allah..sungguh subjektif
Baik pada penilaian kita, belum tentu baik pada penilaian Allah
Buruk pada pandangan kita, belum tentu buruk pada pandangan Allah
Allah la yang maha mengetahui akan setiap sesuatu, sedang kita tidak mengetahui..
Subhanallah..maha suci Allah dari terlepas dari sekecil-kecil perkara.

Persoalannya, sudah cukup baik ka saya untuk dapat pasangan yang baik??
Sudah cukup ka ilmu rumah tangga saya untuk dapat pasangan yang diimpikan semua???
Layakkah saya untuk mendapat pasangan yang baik??
Kerana pada hakikatnya, saya hanya wanita biasa
Muslimah yang rapuh hatinya..nipis imannya
Yang sedang bertatih, merangkak menuju mujahadah
Berusaha sedayanya untuk menjadi muslimah solehah
Terkadang merintih sendirian mengenangkan dosa-dosa yang pastinya menggunung tinggi
Lalu…..Layakkah saya?????

Bukan suami sehebat pahlawan-pahlawan islam yang saya impikan
Bukan suami sesoleh para sufi yang saya idamkan
Bukan suami semulia ulama’ yang saya dambakan
Kerana diri ini terlalu kerdil untuk insan sebaik mereka
Cukuplah suami yang dapat memimpin tangan ini bersama-sama mengejar redhaMu ya Allah
Cukuplah suami yang sentiasa saling ingat-mengingati, berpesan-pesan akan agamaMu
Cukuplah suami yang dapat membimbing diri ini hingga ke jannahMu ya Allah
Kerana hakikatnya diri ini….Cuma muslimah biasa…..=(


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...