Friday, May 31, 2013

Masihkah ada?

Melututlah wahai lutut yang degil
Tunduklah wahai dahi yang angkuh

Sungguh, betapa rindunya saat hidayah menyapa hati
Menggugurkan dedaun mazmumah satu per satu

Aduhai, masihkah ada peluang untuk diri ini merasai kemanisan itu
Masihkah ada ruang untukku di sana?



Monday, May 20, 2013

Lalai..~~~


Bismillah Walhamdulillah..

Saya tengok jam tangan..”emm da pukul 5.20 petang. Balik bilik la..”

Lalu saya berjalan pulang dari makmal plant tissue culture Fakulti Sains dan Teknologi menghala ke Kolej Kediaman Allamanda. Cuma berjalan kaki, Alhamdulillah jaraknya tidaklah terlalu jauh..

Saya perhati sekeliling. Masih ramai pelajar beriadah. Ada yang bermain badminton, menaiki basikal dan ada juga yang mungkin baru balik dari kuliah masing-masing. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Ya, suasana berpetang-petang di UNIMAS sungguh berbeza dengan UMS..berbezanya dari segi apa, cuma saya yang mengerti. Saya tersenyum..moga-moga Allah redha dan berkati keberadaan saya disini..

Berjalan seorang diri membuatkan saya berfikir bermacam-macam perkara, mengimbau banyak kenangan, satu persatu wajah insan-insan yang dirindui menerjah kotak fikiran..Allahurabbi..”Kau kena kuat yanti! Kau boleh hadapi semuanya!” saya bermonolog lagi..

Sampai sahaja di blok kediaman, saya menaiki tangga dengan perlahan. Rumah saya (satu aras ada 4 rumah dan satu rumah ada 5 bilik) terletak ditingkat paling atas iaitu ditingkat 4, jadi saya kena mendaki banyak anak tangga. Sesekali saya melompat kecil mengelak terpijak anak-anak kucing yang kebiasaannya akan mengejar sesiapa sahaja yang menaiki tangga. “kesian..mesti mereka lapar..maaflah kucing, saya tidak bawa makanan ni..”

Depan pintu rumah, saya keluarkan kunci..”Eh, tak boleh pusing” Saya cuba lagi..cuba lagi..”tak boleh!”



“alahai..kenapa pulak ni dengan pintu ni? Rosak ka? Housemate semua tiada dirumah. Pejabat pula da tutup. Aduh macam mana ni??” saya gelisah..saya berjalan mundar-mandir sambil pegang handphone walaupun tak tahu nak call siapa..

Saya cuba lagi..ya gagal lagi!! Jari pun dah merah ni..Saya duduk depan pintu..hampir menangis..

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berehat disurau kolej sementara menunggu housemate yang lain pulang. Baru sahaja hendak turun tangga, tiba-tiba saya terlihat ada anak tangga lagi menghala ke atas..

“eh, kan bilik ditingkat paling atas. Sepatutnya tiada tangga lagi…” saya pun naik tangga itu..

“Allahurabbi..Allahurabbi…Allahurabbi..” Saya tersalah rumah!!!!

Rumah yang saya cuba buka dengan sekuat hati dengan hampir menangis itu rumah tingkat 3A. Rumah saya tingkat 4A….Alahai..

Sampai sahaja depan pintu, saya masukkan kunci..dan ya..Alhamdulillah..That’s my room…

Alhamdulillah..Alhamdulillah…

Saya tepuk dahi..ketawa sendiri..namun dalam hati cukup menginsafi kelalaian hati. Akibat terlalu banyak memikirkan hal dunia berbanding mengingatiNya, saya tersalah rumah sendiri. Terima kasih Allah atas kenangan itu..

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya” (Al-ahzab;41)

Saturday, May 18, 2013

Saat Sendiri

Sendiri lagi
Sunyi, sepi
Selalu saja begini

Adakalanya sendiri itu lebih baik
Ruang dan peluang untuk koreksi diri
Bermadah syahdu dengan Sang Khaliq
Sungguh, rasa itu amat damai..

Tapi, adakalanya sendiri itu jadi bahaya
kerana ketika itu iman dan nafsu bertelagah
Lantaran hati yang mudah lalai dan alpa
AllahuRabbi, rasa itu amat menyeksakan..

Dikala sendiri
Dikala sepi dan sunyi
Ingatlah 'Dia' ada
'Dia' maha melihat..


Kita Dan Mereka


Merenung dari tabir jendela
Melihat manusia itu pelbagai ragamnya
Ada begitu, ada juga begini
Benar kata orang
Rambut mungkin sama hitam
Tapi hati..huhhh hanya DIA yang tahu

Usah berasa letih dengan kerenah mereka
Jangan juga mudah terasa hati dengan ragam-ragam mereka
Kerana percayalah
Dengan siapa kita bertemu sebelum ini, saat ini dan akan datang
Dan pada siapa kita bersama dan berteman
Adalah salah satu cara Allah mengajar kita tentang erti hidup

Lalu, hargai mereka-mereka itu seadanya
Sebarkan sebanyaknya kasih sayang
Jadikan mereka itu cerminan buat diri yang lemah
Kutiplah mutiara hikmah dari mereka
Buat pedoman sepanjang jalan hidup
Dengan itu, moga-moga Allah redha..

"Wahai manusia, sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah maha mengetahui, maha teliti" (Al-Hujurat:13)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...