Saturday, July 6, 2013

Musim Bunga Orang Beriman



~ Musim Bunga Orang Beriman ~

Bersiap siaga melangkah indah
bakal bertemu purnama dinanti
disemai seawalnya benih amal
sebelum bercambah pepohon iman.

Berputik gembira di sudut hati
mukmin menanti sabar teruja
berkembang mekar ganjaran pahala
bisa dipetik bersama keimanan.

Beruntung, manis madunya dirasa
dikecapi oleh hati dan jiwa
yang tiada gentar segala mehnah
yang melangkah penuh istiqamah.

Ceria musimnya mengubat sepi
berseri kuntuman berkelopak rahmat
dipetik berwaspada dengan ketakwaan
diselitkan ia di taman ketaatan.

Cetus inspirasi musimnya berubah
memandu hati memimpin jiwa
bergabung teguh jasmani rohani
segar harumnya kekal mentarbiah.

Bererti walau seketika cuma
harap dipegang janji Ilahi
fitrah insan bertunas pasti
suci dosa ganjaran syurga.

M. Hafizie
03.07.2013
Kuala Lumpur.

~Salam Ramadhan~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...