Monday, October 27, 2014

Buaya

Saban hari, ada ja dengar cerita kawan2 yang mengeluh pasal 'teman lelaki'
Sampai suatu saat, saya naik rimas
Bukan rimas dengan cerita mereka, tapi rimas dengan perangai 'buaya2' itu
Alahai insan bernama lelaki..jangan jadi buaya!



Terkadang saya hairan, benar saya sukar mengerti mungkin sebab saya tidak banyak pengalaman
Mungkin juga sebab saya kurang endah dengan perangai2 spesis tersebut sebelum ini
Jujurnya, saya tidak mengerti apa yang mereka mahukan
Saya melihat sekeliling, tergamaknya sang suami menikah lain sedangkan sang isteri itu sempurna dan solehah
Apa sebenarnya yang sang suami itu cari?
Tergamaknya si lelaki itu memutuskan tali pertunangan dan menikah dengan sahabat baik tunangannya sendiri
Apa sebenarnya yang dia mahu?
Sampainya hati si teman lelaki bermain kayu tiga dengan wanita lain sedangkan janji manis telah dipateri sejak awal perhubungan mereka
Apa sebenarnya motif lelaki itu?
Dan tidak sedikit lelaki yang asyik bertukar-tukar pasangan, main tarik tali, permainkan perasaan wanita
Tidak keterlaluan juga jika saya katakan, spesis yang suka mempermainkan wanita itu yang dikatakan 'buaya'!!
Maaf, namun saya juga tidak menafikan masih ada lelaki yang baik, soleh di luar sana
Tidak adil jika saya menghukum semuanya adalah 'buaya' hanya disebabkan wujudnya kelakuan sebahagian cuma

Namun, saya juga tidak meletakkan salah itu semua pada lelaki
Kerana wanita juga pada saya harus ada prinsip dalam perhubungan terutama sebelum si dia menjadi halal pada kita
Wanita, jangan terlalu mudah percaya
Wanita, jangan terlalu mudah meyerah
Wanita, jangan terlalu rapuh hati
Cekalkan hati, kuatkan iman, jadilah wanita yang teguh..seteguh karang 

Duhai lelaki,
Mohon jangan jadi 'buaya'
Jangan sesekali permainkan hati kaum sejenis saya
Bukankah lelaki itu diciptakan sebagai pelindung bagi wanita?
Lupakah kalian, bahawa islam itu sangat menghormati wanita?
Lalu, mengapa menjadi 'buaya' yang hanya suka 'menerkam'?

Sungguh, saya takut
Takut di uji dengan 'buaya'
Semoga Allah melindungi kita semua
Semoga Allah perteguhkan hati dan iman ini..
Pertemukan daku dengan lelaki yang baik dari sisiMu, bila tiba saatnya nanti...Amiiin..

Monday, October 6, 2014

Dahlia

Bismillah.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat dan kurnia-Nya
Terkadang ada nikmat yang tidak disangka-sangka
Banyak juga nikmat yang hadirnya kurang disedari
Namun nikmat yang paling dihargai adalah nikmat yang datangnya selepas kesusahan.

Alhamdulillah selepas bersusah payah, merempat di bilik kawan
Akhirnya saya dapat bilik sendiri
Kolej Dahlia- walaupun jaraknya jauh sedikit daripada blok Kolej Allamanda
Namun, saya tetap bersyukur
Bukan sedikit air mata yang menitis mengenangkan pedihnya hati berurusan dengan pihak kolej
Bukan sedikit peluh yang menitis mengangkat barang berpindah randah
Sungguh, lebih kurang sebulan yang lepas, Allah benar-benar menguji saya

Atas dasar keyakinan bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah
Walau baik, walau buruk sekalipun
Pasti Allah telah mengatur sesuatu untuk kita
Allah sedang berbicara kepada kita, mengajarkan kita tentang erti menjadi hambaNya
Justeru, duhai Rabb yang Maha Tinggi..
Kurniakan daku kefahaman dalam memahami hikmah disetiap dugaanMu yang hadir
Agar diri ini bisa menjadi kuat, tabah mengharungi sisa-sisa hidup ini..

Terima kasih Allah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...