Thursday, December 25, 2014

Teruskan

Bismillah.

Saya manusia biasa
Saya juga ada banyak kelemahan, keburukan saya sendiri
Saya akui itu
Nobobody is perfect. Itu fakta.

Terkadang saya stress, marah, kecewa dengan persekitaran 

"Asyik-asyik aku ja yang bersihkan toilet. Housemates yang lain tak nak tolong ka? Aku pun busy jugak, banyak kerja jugak" Saya mengeluh

"Asyik aku ja yang sapu rumah. Orang lain tak nampak ka dah kotor ni?" Saya mengeluh lagi

"Asyik aku ja yang angkatkan kain baju housemate kalau hujan, tapi baju aku habis lencun tak da orang tolong angkat pun kalau aku tak da di bilik" Saya mengeluh lagi dan lagi

"Asyik aku ja yang kena dengar kisah dia. Dia sedikit pun tak endah bila aku nak meluah" Saya jadi bosan

Namun, jika difikirkan semula, saya beristighfar panjang....

Saya bertanya pada diri sendiri, "Bosankah aku pada memberi kebaikan?"
Sudah banyakkah pahala saya? sampaikan saya tidak mahu lagi menabur kebaikan
Lupakah saya bahawa tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah?
Sedangkan saya selalu mengingatkan diri saya sendiri bahawa sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak manfaatnya kepada insan lain

Boleh jadi dengan semua-semua itu adalah ingatan dari Allah untuk saya belajar tentang erti ikhlas yang sebenar
Boleh jadi dari setiap kebaikan yang saya berikan itu, menjadi kebaikan untuk saya sebenarnya
Boleh jadi juga dengan semua itu berbuah tiket untuk saya ke syurga kelak
Boleh saja begitu...

Lalu, pesan pada diri
Berhentilah mengeluh
Teruslah memberi kebaikan
Ikhlaskan hati
Namun, jangan jadi seperti lilin
Menerangi, namun membakar diri
Memberilah dengan bijak
Jangan sampai dipijak
Memberilah dengan kasih sayang
Tapi jangan sampai diri melayang



Birthday

Bismillah. Alhamdulillah.

24 Disember. Yes, it's my birthday
Thanks for all wishes and prayers for me
I turned to 25 years old
For me it is not just a number
It's more as reminder
To remind us how long we have been live in this world
and for sure, to remind us that death is nearly coming 

hahaha.. wanna sing this song..happy birthday to me. Thanks mum n dad..

Sunday, December 21, 2014

Cerita Kita

Bismillah.

Manusia, ironinya lebih banyak bercerita berbanding mendengar
That's a fact. Ramai pasti men'iya'kan
Percaya atau tidak
Cuba perhatikan, dalam perbualan
Kita lebih banyak bercerita perihal diri sendiri
Cerita tentang 'aku, family aku, aku dulu macam ni macam tu, aku pulak, lagi, lagi dan lagi'
Kita lebih suka mendengar suara sendiri
Berbanding mendengar suara hati orang lain

Lebih dasyat lagi
Bila bertemu dengan insan yang perasan 'serba tahu'
Selalu ingin menang, dia saja yang betul
Dia saja yang tahu semua
Orang lain umpama tiada apa pada pandangan mereka
Cantas mencantas bicara, itu menjadi habit kebiasaan tanpa rasa bersalah

Aduhai teman,
Sedarlah bicara ini bukan bicara di mahkamah yang perlu menang sentiasa
Bicara kita itu perlu ada perkongsian, fair and square
Sesekali pinjamkan telinga itu untuk orang lain
Sedarkah kita dikurniakan dua telinga dan satu lidah
Hikmahnya, agar kita lebih banyak mendengar berbanding berkata-kata

Aduhai teman,
Sesekali senyaplah seketika
Mungkin saja pada insan lain itu ada rasa yang terpendam
Mungkin saja teman kita itu sangat perlukan seseorang untuk meluah rasa
Walau kita tidak mampu untuk menghulur bantuan
Sekurang-kurangnya luangkan masa kita untuk insan lain
Siapa tahu, dalam kisah mereka
Terselit hikmah buat kita ambil pengajaran
Siapa tahu, dalam cerita mereka itu
Tamparan buat kita yang selalu lupa

Sesekali, pesan pada diri
Mohon untuk senyap
Pandanglah insan lain dengan kasih sayang
Hargai cerita kita dan cerita mereka
Moga-moga dengan mendengar cerita mereka itu
Mampu meraih kasih sayang sesama kita, dan Dia juga


Friday, December 19, 2014

Tinggal Kenangan

Bismillah.

Hari ni terdetik hati untuk membaca post-post lama
Membaca hasil nukilan sendiri sejak pertama kali melakar kisah di teratak ini
Mengimbau kembali siapa saya suatu ketika dulu
Mencuba mengait semula memori yang kian saya lupakan
Yang pastinya ada suka, ada duka, yang menjadikan siapa saya pada hari ini

Namun baru saya sedar
Yang sebahagian post-post lama saya 'cannot be found'
Mungkin dulunnya blog ini didaftarkan sebagai qaulansadidan
Dan bila tukar url baru menyebabkan post-post lama ter'delete' automatically
Saya kecewa, sedih...

Tapi tidak mengapa
Jika difikirkan semula
Saya bersyukur
Mungkin ini cara Allah tutup aib saya 
Benar, tidak semua dalam hidup ini perlu diceritakan secara public
Tidak semua cerita hidup saya perlu saya khabarkan

Mungkin juga ini ruang untuk saya melupakan sebahagian dari saya yang dulu
Tazkirah untuk saya menapak terus ke hadapan
Melangkah dan terus melangkah
Usah menoleh ke belakang lagi
Buat apa berpaling jika ia menyakitkan

Yang dulu, biar jadi kenangan
Simpan ia kukuh cuma dalam kotak ingatan
Menjadi bicara rahsia antara kita dengan Pencipta
Kerana Dia tahu semua tentang kita
Meski pada kita semua tinggal kenangan...


Saturday, December 13, 2014

Bukan Milik Kita

Bismillah.

Dalam hidup ini
Terkadang kita sangka banyak benda punya kita
Namun hakikatnya kita selalu lupa
Bahawa kita tidak punya apa
Dari sekecil-kecil perkara hingga yang besarnya
Semua bukan milik kita

Kalau bukan kita punya
Lalu, punya siapa?
Punya Allah!
Semua ini pinjaman semata
Sampai masanya nanti Dia tarik semula
Bila-bila masa, di mana jua
Pasti bisa, bila saja Dia berkehendakkan ia

Dalam hidup ini
Pesan pada diri
Letakkan dunia ini hanya di telapak tangan
Usah letak jauh di hati
Kerana jika letak di hati
Suatu saat kita pasti kecewa
Dunia ini hanya hiasan, persinggahan semata

Pesan juga pada diri
Hidup di dunia perlu jadi hambaNya yang bertaqwa
Bagaimana bisa kita hidup di dunia ini tanpaNya
Sedang kita tiada apa tanpaNya
Usah sesekali sombong dan angkuh
Usah jua berasa dengki dan iri pada insan lain
Kerana yakinlah bahawa Dia pengatur hidup kita
Dia Maha Bijaksana
Dia Maha Kaya
Dia empunya semua

Sedarlah dalam apa yang kita ada
Semua bukan milik kita..

 "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."  (Surah Al-Ankabut: 64)

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar,sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna )




Tuesday, December 9, 2014

Dari Hati

Bismillah.

Bicaralah biar dari hati
Bukan sekadar dengan lidah
Kerana bicara dari hati itu 
Akan terus jatuh ke hati

Menulislah biar dari hati
Bukan sekadar dengan jari
Semoga tulisan dengan hati itu
Mampu memberi kesan pada qalbu

Lakukan apa saja
Biarlah dari hati
Bukan dengan emosi semata
Namun, jagalah hati itu agar ianya tidak mati

Tuhan...kurniakan kami hati
Hati yang dekat padaMu
Agar sepanjang jalan hidup ini
Sentiasa bersamaMu..


Friday, December 5, 2014

Si kecil dan Cinta

Bismillah.

Si Kecil dan Cinta
Meski cuma kecil, dia juga manusia biasa
Punya hati, punya naluri dan juga cinta
Yang cintanya sentiasa berselindung di balik tirai haya'

Si Kecil dan Cinta
Cerita mereka belum bermula
Cuma dalam hati, ada tersimpan harapan 
Harapan untuk bersatu kelak
Bukan cuma di dunia, juga di sana kelak

Si Kecil dan Cinta
Semoga rasa itu sentiasa dalam jagaanNya
Semoga rindu yang bersemi terus terpelihara
Hingga masanya tiba..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...