Sunday, January 25, 2015

Hasad Hati

Bismillah.

Salah satu keadaan yang paling saya benci dalam diri saya
Adalah bila mana tiba-tiba terdetik dalam hati perasaan dengki dan iri hati terhadap orang lain
Kata sesetengah orang, "that's normal feelings. sometimes we can't deny it"
And others also said, "Huhhh!! how come you feel jealous? you are terrible!!"
For me, Yes! jealousy is very terrible, worst ever..


Hinggakan, bila mana perasaan itu hadir, terasa ingin terjun bangunan
Atau, belah dada ini, keluarkan hati, berus guna berus kuali, biar bersih hati itu
Sungguh, saya sangat membenci perasaan itu
Namun, apa boleh buat
I'm only human..ordinary human

Hasad, cemburu, iri hati 
Mungkin boleh dikatakan semua manusia pernah merasainya
Kerana kita tidak maksum
Cuma apa yang boleh kita lakukan adalah Muhasabah diri
Bila perasaan itu hadir
Istighfarlah segera
Banyakkan taubat
Jangan biarkan perasaan itu memakan diri, memamah hati
Usah biar rasa itu berkembang dengan suburnya dalam diri
Mujahadahlah agar dijauhkan dari mazmumah itu
Berdoalah moga-moga diberi kesucian hati

Pesan pada diri
Usah dikisahkan tentang orang lain
Pandanglah insan lain dengan pandangan kasih sayang
Andai insan lain itu banyak lebihnya
Berdoa saja agar Tuhan mengurniakan kita nikmat itu
Andai insan itu lebih berjaya
Jadikan ia motivasi agar terus berusaha meraih kejayaan sepertinya
Pasak dalam hati
Rezeki, jodoh, hidup dan mati setiap insan itu
Telah tercatat dalam Luh Mahfuz
Usah resah, berkeluh kesah
Kerana Dia itu pasti maha mengetahui
Maha adil dan maha kaya
Pinta saja padaNya
Serahkan semua padaNya
InsyaAllah hati pasti kan tenang
Wallahua'lam.

Tuesday, January 20, 2015

Lihat dan Fikir

Bismillah.

Apa yang kita lihat
Dengan apa yang kita fikir
Terkadang berbeza
Lain orang lain juga cara ia berfikir tentang apa yang dilihatnya
Bukan apa yang kita lihat itu penting
Tapi bagaimana cara kita melihat sesuatu itu lebih penting. Percayalah.

Teman 1: "Eh, kesiannya Minah tu makan di KFC sorang2. Kalau aku memang takkan makan sorang2 la. Macam kesian je, mesti dia tak da ramai kawan"

Teman 2: "Tak pa la makan sorang2. Bagi aku Minah tu seorang yang hebat, berdikari. Boleh buat sesuatu tu sorg2, tanpa bergantung dengan orang lain"

See???
Situasi yang sama, tapi cara berfikir yang berbeza
Apapun yang kita lihat
Pandanglah dari kaca mata yang positif, optimis bukan pesimis
Saya teringat satu kisah
Kisah seorang adik beradik kembar, yang membesar bersama, pendidikan juga sama
Namun, ibu bapa mereka sering bertengkar. Si bapa sering saja menerajang si Ibu. Pemabuk
Anak kembar itu menyaksikan segalanya
Sehinggalah saat si ibu akhirnya meninggal dunia kesan penderaan si bapa
Setelah beberapa tahun berlalu
Anak kembar itu juga telah dewasa
Si abang ditemui mati di bawah jambatan, dipercayai dibunuh.
Si abang penagih dadah, peragut, persis si bapa
Namun, si adik membesar menjadi seorang peguam syariah yang beriman
Menabur bakti kepada masyarakat
Membantu menyelesaikan permasalahan kekeluargaan

Jika ditanya kepada kepada mereka
Si abang melihat kisah silamnya sebagai titik hitam
Menyesali akan keadaan keluarga yang tidak harmoni
Lantas, melampiaskan kemarahan dan dendamnya
Mewarisi cara si bapa
Si adik pula melihat kisah silamnya sebagai pengajaran
Dia ingin merubah hidupnya
Supaya kelak anak-anaknya tidak merasa apa yang dilaluinya
Lantas, berazam menjadi insan yang baik

Begitulah hidup ini..
Semoga kita menjadi insan yang positif
Jadilah seperti lebah
Yang hanya menghisap madu yang manis
Memandang bunga-bunga yang cantik
Jangan jadi seperti lalat
Yang dipandangnya hanya kekotoran


Monday, January 19, 2015

Ujian

Bismillah.

Seorang sahabat mengeluh
Tentang hidup yang tidak pernah terasa senang
Kalau senang pun cuma sekejap
Pasti akan datang badai menduga
Jarang sekali hidup ini seronok, indah, tertawa selamanya
Pasti ada terselit duka, tangis air mata

Benar, begitulah hidup ini
Sering saja dilanda gelora
Setiap manusia itu lain ujiannya
Ada yang diuji dengan kemiskinan
Ada yang diuji dengan kesakitan
Tidak kurang yang diuji dengan kehilangan, musibah
Malah ada juga yang sering diuji dengan masalah hati
Begitulah..lain orang lain hidupnya

Namun, apa yang pasti
Walau apa pun ujian yang dihadapi
Ujian itu tanda Allah ingin berbicara kepada kita
Bahawa Dia ada..Dia yang berkuasa atas segala apa yang kita ada
Jangan pandang ujian itu satu kelemahan
Sebaliknya pandanglah ujian itu sebagai latihan untuk kita terus kuat menghadapi hidup

Bagi saya, dalam hidup ini
Bukan sebesar mana masalah itu dalam hidup
Tapi yang paling penting bagaimana kita menghadapinya
Sejauh mana kita mengambil iktibar dari setiap masalah yng dihadapi
Siapa kita selepas berlalunya sesuatu ujian itu
Adakah kita menjadi seorang yang lebih kuat
Ataupun kita menjadi semakin lemah
Adakah kita menjadi lebih dekat denganNya
Ataupun kita semakin kufur, jauh dariNya

Pesan pada diri
Jika masalah datang lagi, walau sebesar mana pun ia
Katakan dalam hati bahawa Allah itu lagi besar
Kita ada Dia yang memiliki segalanya
Semoga segalanya dapat kita tempuh
Menjadikan kita insan yang lebih baik
Malah mampu memberi inspirasi, kekuatan kepada insan lain
Kerana yakinlah disetiap perkara yang datang kepada kita
Walau sekecil perkara jua
Pasti terselit hikmah, ibrah, tazkirah
Mutiara buat kita sepanjang mengharungi jalan ini..


Wednesday, January 7, 2015

2015

Bismillah. Alhamdulillah.

Tahun baru datang lagi..2015
Selamat tinggal 2014
Jika direnungkan kembali sejarah 2014
Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup kita
Namun apalah ertinya semua yang berlaku andai kita tidak tahu menilai
Nilailah kembali setiap apa yang berlaku dalam hidup
Semua itu ada hikmah
Tarbiyah buat kita
Supaya terus berusaha, mujahadah memperbaiki diri

Jika ditanya apa azam tahun baru
Pastinya ingin yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
Peningkatan amal seiiring dengan peningkatan usia
Semoga tahun ini mampu kita harungi dengan tabah
Usah disangka panas hingga ke petang
Kerana terkadang ada gerimis di tengah hari
Semoga tahun ini membawa kebahagiaan dan ketenangan kepada kita
Menjadikan kita insan yang lebih matang dalam mengharungi hidup
Teruskan melangkah hingga saatnya langkah itu terhenti jua
Semoga redha Allah mengiringi setiap langkah kita semua..

2015..keep move on insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...