Sunday, March 29, 2015

Cerita Semalam

Bismillah.

Alhamdulillah..hari ini masih ada, syukur pada Tuhan!
Esok lusa belum pasti ada, boleh jadi ada, boleh jadi tiada lagi
Hari ini meninggalkan cerita2 semalam
Benarlah, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu
Walau sesaat, andai ia berlalu, pasti kita tidak akan mampu mengulangnya

Semalam2, banyak kisah yang tertinggal
Andai semalam ada duka, insyaAllah hari ini bertukar ceria
Andai semalam ada masalah yang bertimpa-timpa, insyaAllah hari ini semuanya berlalu bahagia
Jika dihitung kembali, hingga hari ini
Begitu banyak masalah, kedukaan kita yang telah Allah settlekan buat kita
Malah, hari ini mungkin kita sudah lupa ada doa semalam yang pernah kita rintihkan padaNya semahunya
Sampaikan, hari ini kita mampu untuk menghela nafas lega
Kita juga mampu mengecap ketenangan dan kebahagiaan dunia
Alhamdulillah..
Semua itu atas rahmat dan kasih sayangNya
Yang tidak pernah lupa akan kita, sedang kita selalu lupa akanNya

Duhai yang Maha Pemurah
Agar diri ini tidak lupa untuk bersujud dalam setiap nikmatMu
Agar jiwa ini tidak leka dengan nikmat duniaMu
Kerana diri ini terlalu mudah untuk lupa
Wallahua'lam..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...