Wednesday, April 15, 2015

Tentang Ikhlas

Bismillah.


Berbicara tentang ikhlas
Saya masih bermujahadah untuk ikhlas
Rasanya kalian juga sama
Ikhlas. Mudah saja diperkatakan
Namun, mempraktikkannya amat payah
Sering saja saya berbisik pada hati
Duhai hati, ikhlaslah..ikhlaslah..
Benar, ikhlas itu umpama seekor semut hitam
Di atas batu yang hitam, di waktu malam yang kelam

Ada ketikanya terasa seperti Allah 'menjentik' hati ini
'Menyedarkan' saya bahawa
Dalam setiap lintasan hati
Dalam setiap apa yang kita fikirkan
Dalam setiap gerak laku
Lakukan semuanya hanya KERANA ALLAH
Ikhlaslah hanya KERANA ALLAH

Dalam hidup ini
Usah diharap pandangan manusia
Usah didamba penghargaan manusia
Usah lakukan sesuatu kerana manusia
Kerana pasti kita akan kecewa
Kerana hakikatnya manusia itu tidak pun tahu menghargai
Sebaliknya, lakukan semuanya IKHLAS KERANA DIA
Kerana, Dia tidak pernah mengecewakan
Jalani saja hidup ini dengan baik
Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri
Usah dihirau tentang pandangan manusia 
Sandarkan semuanya HANYA KERANA-NYA
Wallahua'lam.

# tak hidup dengan pujian, tak mati dengan cacian.

Saturday, April 11, 2015

Tentang Cinta

Bismillah.

# sakitnya tu...huhuhu

Pernah tak alami situasi di atas?
Kalau bukan diri sendiri, pasti ada sahabat2 kita yang mengalaminya
Fenomena cinta yang biasa
Tidak dapat tidak, saya mengakui
Ya! sedih..kecewa..marah..putus asa..pasti ada
Tidak salah untuk menangis, itu fitrah
Tapi yang salahnya andai kita tidak mampu bangkit semula dari kekecewaan itu
Carilah hikmah, belajar dari apa yang terjadi
Usah zalimi diri sendiri hanya dek kerana cinta insan yang tak kesampaian
Sedangkan kita mampu dan layak untuk teruskan hidup dengan bahagia

Saya bertemu artikel ini dari blog http://www.nizarazu.com. Hikmah Allah temukan kita dengan orang yang salah

1. ALLAH menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, pasti ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. ALLAH  menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. Belajar dari kesilapan.
3. ALLAH menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. Allah maha tahu, sedang kita tidak mengetahui.
4. ALLAH  menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA, SELAYAKNYA BUAT KITA
5. ALLAH  menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg terbaik untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. ALLAH menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8.  ALLAH menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA DISANDARKAN KEPADA ALLAH.
9. ALLAH menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Belajarlah erti hidup yang sebenar.
Jika difikir-fikirkan
Ada benarnya fakta itu
Bacalah dengan hati yang terbuka
Semoga Allah hapuskan kesedihan itu
Menggantikan kekecewaan dengan sesuatu yang lebih baik
Yakin, semuanya akan indah pada masanya nanti. 
InsyaAllah.

Friday, April 10, 2015

Pasti Ada Hikmah

Bismillah.

Teringat satu kisah. Kisah yang pernah saya baca ketika zaman kanak2 dulu
Namun, hikmahnya baru saja saya sedari dan yakini

Kisah tentang seorang tok penghulu yang sangat meyakini bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmah. Sama ada yang baik atau yang buruk juga ada hikmah.
Dikisahkan suatu hari, kuda2 peliharaan tok penghulu itu hilang
Maka, orang kampung berkata kepada tok penghulu "malangnya nasib tok penghulu..hilang kuda2nya..ishh..ish..ishh.."
Dengan tenang, tok penghulu berkata.. "Tidak mengapa, pasti ada hikmahnya.."

Tidak lama selepas itu, kuda2 peliharaan tok penghulu datang semula. Malah, membawa kuda2 liar dari hutan bersama. Menjadikan kuda tok penghulu bertambah jumlahnya.
Orang kampung malah berkata "Untungla tok penghulu..banyak kudanya.. ~clap hand~"
Tapi tok penghulu kata "Alhamdulillah..belum tentu ia membawa keuntungan. Pasti ada hikmahnya.."

Disebabkan keghairahan melihat kuda2 yang baru dan gagah, lalu satu2nya anak lelaki tok penghulu mencuba untuk menunggang salah satu kuda baru yang paling cantik.
Namun, malangnya..anak tok penghulu itu terjatuh dari kudanya dan tangannya patah.
Orang kampung bersimpati lagi "Kesian tok penghulu. Sudahlah anak lelaki seorang saja, patah pulak tangannya..ishhh ishh ishhh.."
Namun, tok penghulu redha "Tidak mengapa..pasti ada hikmahnya.."

Tiba-tiba datang sekumpulan askar, membawa berita kepada orang kampung bahawa semua anak lelaki dikerahkan turun berperang. Sesiapa yang enggan, akan dikenakan hukuman berat. Semua penduduk kampung berasa risau. Setelah semua anak2 lelaki berbaris untuk dibawa ke medan perang, tiba2 askar tersebut mengecualikan anak lelaki tok penghulu kerana tangannya yang patah.. Dengan rasa penuh kesyukuran..tok penghulu berkata dalam hatinya.."benarlah..semua ada hikmah.."
~tamat~

Cerita ini cerita dongeng lama, tapi sangat saya sukai
Menyedarkan saya bahawa benar..setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah
Cuma bergantung kepada kita untuk berfikir dan mencarinya
Usah dipandang sesuatu masalah yang kita hadapi itu semuanya buruk
Usahlah terlalu bersedih andai Allah tidak mentakdirkan sesuatu itu bukan milik kita
Pasti Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kita
Usah pula nikmat2 kesenangan itu menjadikan kita lupa
Boleh saja ianya ujian dari Allah
Kerana semua datang dengan izinNya, lalu kepadaNya juga kita sandarkan segalanya
Baik atau buruk, yakinlah pasti ada hikmah...
Behentilah bersedih, namun usah berhenti bersyukur
Semuanya pasti terasa indah bila saja kita menyedari akan hikmahnya
Wallahua'lam.


Friday, April 3, 2015

Ready or Not?

Bismillah.

Terimbau kembali perbualan dengan seorang kakak beberapa minggu lepas. Usai menghadiri walimah sahabat.

"Yanti, belum mau kahwin?" Tanya Kak Jah. Kak Jah dah kahwin dan anak baby yang comel

"Macam belum sedia ba kak..hehe.." Jawab saya 

"Apa indicator Yanti untuk seseorang itu dikatakan bersedia untuk kahwin?"

"Emm..bagi saya kak, saya mau habiskan study dulu, dapat kerja..da stabil baru lah fikir untuk kahwin. Napa kak?"

"Percaya atau tidak, bagi kak Allah tu lebih tahu tentang diri kita berbanding diri kita sendiri. Mau tahu, kakak dulu sebelum kahwin dengan abang tu, pun mati-mati cakap dengan mamak kak, ndak mau kahwin, belum sedia la apa. Tapi berkat doa keluarga, Alhamdulillah kak bahagia. Dan baru la kak tahu yang kakak sebenarnya boleh menggalas tugas sebagai seorang isteri dan ibu.." 

"Cuba Yanti tengok budak2 kampung kita ni, ramai ja lepas habis SPM dikasi kahwin terus. Cuba tanya dorang waktu tu, dorang da bersedia ka belum. Pasti ramai yang kata belum jugak sebenarnya. Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Dia beri sesuatu itu sesuai dengan kemampuan hambaNya.." Cerita Kak Jah panjang lebar.

"Betul jugak kak..tapi rasa macam saya belum capai apa yang saya cari. Entahla kak.." Saya cuma diam. Terkelu sebenarnya

"Jangan risau, sampai masanya nanti Allah akan hantar seseorang untuk Yanti sesuai pada masanya. InsyaAllah.." 

"InsyaAllah..doakan saya ya kak..semoga dipermudahkan semuanya.."

"InsyaAllah Yanti. Doa banyak2, mohon pada Allah pertemukan dengan pasangan yang baik cepat2 hehehe.." Kak Jah tersenyum manis

"Terima kasih kak.." Saya tersenyum malu hahaha..

Jauh di sudut hati, saya masih berfikir tentang hal itu
Sungguh, terasa seperti saya menemui jalan buntu..entahlah
Semoga Allah menyelesaikan semuanya
KepadaNya diserahkan semua urusan hidup ini
Kerana Dia lebih mengerti..Wallahua'lam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...