Sunday, January 31, 2016

Harus Kuat

"Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat"

Tahun beralih.
Bulan bermula baru.
Kos sara hidup pun berubah.
Pemimpin sama, kedunguan bertambah.
Orang sekelilingmu juga tidak lagi sama.
Tapi, kamu masih sama. Masya-Allah.
Perasaan, sikap. Hati yang tidak beralih. Dulu, dia hadir. Sekarang, dia PERNAH hadir. Dia dah beranjak pergi, berbolak hatinya. Kamu bukan pilihan. Dia sudah menentukan langkahnya. Ke arah mana, dengan siapa dia mahu corak bahagia. Mungkin dia sedang bahagia.
Bukan nak kata hati aku lebih kuat. Tapi, aku telah dulu melalui liku perpisahan demi perpisahan. Hanya mahu memberi secebis nasihat. Itupun jika sudi baca.

Tanda hati kamu lemah.
Kamu masih tak boleh melepaskan dia dari hati sepenuhnya. Rindu. Kenangan demi kenangan yang tak boleh diluputkan dari minda. Oh, sukarnya.
Kamu patut beralih dari ingat dia. Meski susah nak melupakan, tapi jangan kerana dia, kamu biarkan diri meningkat usia dan dalam masa yang sama tidak membuka ruang pada orang baru untuk hadir.
Kamu nampak yang dulu itu permata sempurna, itulah bayangan syaitan yang telah dicampakkan ke mata hatimu. Supaya kamu hidup dengan terus mengenang. Berada di jalan yang sama. Tidak berganjak. Ya Allah, tertipunya hati. Tertipunya diri.
Bila dia terlalu bertakhta di hati, maka di mana Allah kamu tempatkan? Jawabnya, Dia kamu sisihkan. Hati yang tandus kian gersang lemah.

Beralihlah dari dia.
Kamu fikir sudah tiada lagi selainnya yang lebih baik. Kamu tertipu lagi.
Sesungguhnya kekadang kamu merasa tidak suka dengan takdir Allah, tapi sebenarnya takdir itu sungguh cantik dan indah. Tepat untuk kamu. Tiada ketetapan Allah yang silap. Kamulah yang sentiasa silap.
Kamu merasa putus asa dengan kekecewaan hati yang paling dahsyat kamu tengah alami. Kamu tertipu lagi. Subhanallah.
Lupakah kisah Nabi Musa a.s. dan pengikutnya? Di belakang Firaun dan bala tentera, di hadapan adalah lautan. Dalam keadaan tersepit begitu, apakah lagi yang boleh dibuat selain berputus asa? Itu logik akal fikiran kita. Tapi, dalam soal hati hatta soal apa sekalipun, logik akal tidak mampu menyaingi Pencipta akal.
Meski kekuatan bala tentera Firaun hebat, meski kekuatan badai lautan ganas, mana mungkin menyaingi kekuatan Allah Yang Maha Kuat? Lalu, lautan terbelah dan mereka yang soleh menang. Yang bathil, tumpas!
Sedar sekarang, kamu sedang tertipu. Tertipu dengan perasaan yang syaitan letakkan perisanya. Perisa rindu berkasih mesra, perisa mengingat kenangan maksiat bersama, perisa tidak halal, perisa yang terasa manis hingga berjuraian air mata mengingat segala kenangan. Astaghfirullah. Itulah tipuan atas tipuan.
Nampak?

Hati makin lemah selagi tidak beralih. Hati kembali kuat bila kepada Allah dikau beralih.
Demi Allah, hatimu sangat tidak kuat. Namun, kerana Allah, kamu harus kuat kembali.
Usah bersandar pada manusia, kerana manusia itu tidak pegun di satu tempat. Bila ia beralih, kamu yang rebah sakit. Bersandarlah pada Allah.

Firman Allah dalam Surah al-Waqiah, "Wa nahnu aqrabu ilaihi minkum walaa killa tubsiruun"
Ertinya "Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tapi kamu tidak melihat."

Kita hanya nampak manusia yang kita nak bersandar, selalu kita tak nampak Allah. Memang kita tak nampak pun, tapi beriman dengan Allah maksudnya menyintai, mempercayai, tanpa perlu melihat dengan mata kasar. Rasa dengan hati. Biar Allah hidup dalam hati.
Jadi, please jangan move on dari seseorang dengan bergantung harap pada seseorang yang baru. Salah langkah tu. Move on adalah lupakan pergantungan pada manusia yang melukakan hati, pergi serahkan hati sepenuhnya pada Allah.

Tuntas, ambil kembali hatimu.
Ajar hatimu bahasa iman.
Kerana dari manisnya iman,
Mengubat segala rawan.

— Penulis Misteri
Abg Bikai the spoileretoszinsof


Tuesday, January 19, 2016

Done!

Bismillah Walhamdulillah.

Terlalu lama rasanya blog ini menyepi
Rindu untuk menulis, melakar rasa
Ya, saya sibuk...anda juga sibuk 
Sibuk mengurus kehidupan masing-masing
Kehidupan yang sementara
Namun, kita mengejarnya umpama dunia ini tiada penghujung
Astaghfirullah..

Sedar tidak sedar
Banyak hari telah berlalu
Berganti tahun
Apa yang pasti
Tahun ini saya tidak mengharap yang terlalu tinggi seperti tahun-tahun lepas
Saya cuma ingin mengecapi kejayaan dalam hidup
Happy-happy selalu..insyaAllah.

15 Januari 2016.
I'm done with my master's viva voce
Alhamdulillah..ya Rabb
Segala puji dan kesyukuran hanya kepadaMu
Setinggi penghargaan juga buat insan-insan yang banyak membantu
Terutama buat supervisor, co-supervisor dan teman2
Tanpa pertolongan kalian, saya tidak mungkin mampu mengharungi semuanya
Terima kasih!
Terima kasih!
Terima kasih!

hahaha...=)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...