Tuesday, August 16, 2016

Dunia Kerjaya

Bismillah Walhamdulillah.

Laman ini kian menyepi
Tapi rindu untuk melakar kata itu sentiasa ada
Cuma masa sahaja yang membataskan
Ada sahabat yang bertanya
Saya di mana, sedang buat apa, lama menghilang
InsyaAllah saya tidak hilang
Cuma agak sibuk mengatur kehidupan

Jika sebelumnya, saya disibukkan dengan thesis
Berusaha menyiapkan pengajian Masters
Dan Alhamdulillah semuanya telah berlalu
Alhamdulillah semuanya dipermudahkanNya
Dan kini saya disibukkan dengan kerjaya
Alhamdulillah walau apapun keadaan
Walaupun belum bertemu kerjaya yang saya idamkan
Namun, kesyukuran itu perlu

Ya, di sini saya segalanya baharu bagi saya
Persekitaran baharu
Rakan baharu
Dan insan-insan yang hadir juga baharu
Juga pengalaman baharu
Di sini saya banyak belajar tentang hidup
Suka, dukanya akan saya coretkan di laman ini jika masih diizinkanNya
InsyaAllah, saya masih ingin menulis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...