Thursday, December 1, 2016

Tegar

Bismillahi Walhamdulillah

Alhamdulillahi 'ala kulli haalin
Satu lafaz yang sering saya ulang
Apa tidaknya, semua yang saya kecapi hari ini adalah pemberian dari-Nya
Kita tiada apa-apa tanpa belas dari-Nya
Walaupun ada masanya saya mengeluh kerana tidak dapat apa yang saya hajati
Namun, bersyukurlah
Yakin saja, pasti ada rezeki lain buat kita
Trust on HIM.

Pejam celik, hampir setahun saya menyewa di rumah sewa
Sejak bekerja, saya menyewa bilik
Cuma bilik di bangunan shop lot
Sekitar kawasan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching
Ya, pada mulanya saya memang benci rumah tu
Cuma itu saja yang saya mampu
Dekat dengan tempat kerja, maklumlah saya tiada transport
Sewanya pun berbaloi dengan kemudahan

Sepanjang menetap di situ
Saya belajar untuk tegar
Jika dulunya saya dikategorikan sebagai lemah lembut, lemah gemalai
Namun, sekarang tidak lagi
Saya lebih tegar, tegas, mungkin juga berhati kering
Saya perlu bersikap demikian
Rumah sewa tu dihuni dengan pelbagai jenis manusia
Silih berganti, pelbagai ragamnya
Dan, paling tidak tahan
Rumah tu tidak mengira jantina penyewa
Lelaki, perempuan campur sahaja

Ya, pada mulanya saya agak gerun
Terkejut melihat pasangan yang bersekedudukan
Gerun bila pertama kali melihat botol-botol alkohol di hadapan pintu bilik lain
Seram sejuk bila tiba-tiba melihat ada penyewa balik rumah dalam keadaan mabuk
Geram yang teramat bila melihat dapur dan tandas kotor
Jujurnya, saya benci melihat itu semua

Keadaan itu membuatkan saya berubah menjadi seorang yang tegas
Tiada siapa boleh 'kacau' saya
Tiada siapa penyewa lelaki yang boleh menjejak kaki walau selangkah ke dalam bilik saya
Jangan diusik barang-barang saya
Usah diganggu privacy saya
Tanpa sedar saya membina 'gap' antara saya dengan mereka

Bukan sombong atau memandang rendah kepada mereka
Tidak sama sekali
Cuma pengalaman berkawan dengan mereka menyebabkan saya lebih berhati-hati
Jika terlalu baik, akan dipijak kepala, diambil kesempatan
Tidak boleh juga terlalu keras, nanti akan timbul permusuhan
Lalu, saya mengambil pendekatan bersederhana
Tegas dalam pendirian
Bijak menilai dan bertindak rasional
Cuma dengan cara itu
Saya kira
Saya akan selamat dan survive
Maruah saya terpelihara
Dan disebabkan itu juga
Saya meletakkan kebergantungan kepada Allah di tempat teratas
Semoga Allah melindungi saya
Walaupun jauh di sudut hati saya
Saya amat takut dengan diri saya sendiri

Mohon doa kalian
Agar saya dapat cari rumah lain
Yang lebih selesa dan terjamin keselamatannya
Doakan juga
Agar saya diteguhkan iman
Dalam mengharungi hidup seorang diri di sini
Semoga semuanya terpelihara..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...