Friday, January 20, 2017

Doa itu SENJATA

Bismillahi Walhamdulillah.

Post pertama untuk tahun 2017
Agak lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017
Apapun, saya mendoakan semoga tahun 2017 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
Buat diri saya, keluarga dan kalian juga pastinya.

Post kali ini saya ingin berkongsi tentang DOA.
Ya, ajaibnya doa
Dan, terima kasih kepada kalian yang mendoakan saya
Saya berdoa semoga kalian juga peroleh kebaikan dari doa-doa itu.
 Oh ya, jika post sebelum ini saya berkongsi kisah mengenai bilik sewa saya
Dan, alhamdulillah 01 Januari baru-baru ini saya telah berpindah ke rumah baharu
Rumah kali ini jauh lebih baik
Tiada lagi pergaulan bebas
Aurat lebih terjaga
Alhamdulillah..terima kasih ya Rabb
Terima kasih juga atas kalian yang mendoakan
Sungguh, pengalaman itu benar-benar menginsafkan.

Berbicara tentang doa juga
Menyedarkan saya bahawa kata-kata itu juga suatu doa
Benar, saya selalu menyaksikan itu
Benarlah, Allah bersama apa yang kita fikirkan
Berhati-hati bila berkata-kata
Saya selalu berpesan kepada diri saya sendiri
Ucapkanlah yang positif tentang diri
Ucapkan yang baik-baik untuk orang lain
Bila-bila masa sahaja, dengan izin Allah, kata-kata itu mampu menjadi kenyataan.

Amsalnya, jika kita sedang berusaha mencari pekerjaan
Sentiasa kata pada diri, 'Insya-Allah ada kerja'
Usah pasak dalam minda, 'Tiada kerja. Susahnya cari kerja.' 
Sesuatu yang negatif itu bila sentiasa keluar dari bibir kita 
Lama-kelamaan menjadi doa dalam senyap
Berhati-hatilah.
Sama juga dengan geng-geng yang sedang mencari jodoh..oppppssss hahaha
Mari kita tanam dalam fikiran bahawa 'Insya-Allah, jodoh itu akan sampai. Ada jodoh'
Dengan itu, semoga menjadi kenyataan
Menjadi suatu doa kerana dalam kata-kata itu sebenarnya
Kita telah meletakkan kebergantungan kepada-NYA.
Itu yang paling penting.

 Apapun, bersangka baik dengan perancangan-NYA
Teruskan berdoa
Fikirkan yang positif
Katakan yang positif
Moga-moga menjadi doa yang makbul di sisi-NYA
Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...